Sunday, November 11, 2012

Peringatan Untuk Insan: Kenapa Kita Hidup


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah bekersempatan lagi saya untuk berkongsi di sini.

Harapan saya semoga setiap tulisan saya di sini akan bermafaat untuk rakan pembaca, abang-abang, kakak-kakak dan anak-anak sekalian. Semoga, walaupun saya tidak ada lagi dan tidak lagi mampu untuk memberi nasihat atau peringatan, halaman-halaman ini boleh menganti diri dan menjadi panduan bagi yang bertanya atau yang mencari jalan, jalan ke negeri kekal yang aman di akhirat nanti.

Kenapa Kita Hidup
Pertama-tama sekali alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mencipta kita dan menghidupkan kita dan pada waktu ini kita hidup dengan bernafas setiap saat dengan izin-Nya.

Soalan 'Kenapa kita hidup?' ialah soalan fitrah yang tertanya dibenak setiap insan, tanpa mengira agama yang dianuti, tanpa mengira keluarga dan taraf kehidupan yang dilalui.

Ketahuilah oleh mu bahawa wujud Tuhan, yang telah mencipta kita umat manusia, binatang, tumbuhan, bumi tempat kita hidup, matahari yang memberi cahaya dan tenaga setiap hari, bintang-bintang yang begitu banyak dan ada yang lebih besar dari matahari tu, dan segalanya di alam semesta ini.

Kesemua ini tidak boleh terjadi dengan sendirinya, Allah lah yang telah menciptanya, dan Allah lah yang menguruskan semuanya setiap saat dan waktu.

Menjadi suatu kemestian bagi kita sebagai makhluk dan hamba yang dicipta, menjalani hidup kita dengan penuh taat kepada Tuhan yang telah mencipta kita dan telah memberi nikmat yang banyak kepada kita setiap hari. Untuk mengetahui bentuk ketaatan yang dikehendaki oleh Allah, terlebih dahulu perlulah kita mengenal Allah s.w.t.

Dan Allah Tuhan yang Maha Esa, telah menyampaikan mesej-mesej pesananNya, melalui utusanNya iaitu Rasul-RasulNya yang telah diutuskan, dari Nabi Adam, sehinggalah Rasul terakhir Nabi kita Muhammada s.a.w.

Ilmu dalam mengenal Allah dan alam ghaib ini tidak akan dapat dijangkau oleh pancaindra fizikal kita dan tidak akan dapat terfikir oleh otak kita walau oleh seorang yang mempunyai pemikiran yang paling cerdik sekalipun. Ilmu ini cuma boleh didapati daripada wahyu Allah melalui Rasul-RasulNya yang mulia.

Dan tidak lah mungkin Muhammad Rasulullah itu berbohong dengan sengaja atau terpaksa, kerana melalui keperibadiannya, kesemua orang dalam masyarakatnya mengakui dialah Al-Amin yang tidak pernah berkata bohong dan amat dipercayai oleh semua orang. Cuma orang-orang musyrik dan engkar, yang mempunyak kepentingan sendiri sahaja yang membantah dan tidak mahu mendengar ajakan Rasulullah s.a.w.

Maka dengan itu, percayalah dengan yakin bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah pesuruh Allah.

Dan ketahuilah Allah itu Maha Esa, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, kepadaNya lah kita akan dikembalikan kelak, akan ditanya akan setiap amal perbuatan yang telah kita telah lakukan. Hendaklah kita belajar untuk mengenal Allah Tuhan kita semua dan apakah perintahNya dan apakah laranganNya.

Maka dengan itu, wajiblah kita sentiasa patuh dan taat atas segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya, dan menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana yang Allah kehendaki. Itulah asas ajaran agama Islam, itu mengaku dan berserah diri sepenuhkan kepada Allah Ta'ala.

Renungilah ayat Al-Quran berikut, dari Surah Ali-Imran 3:178,


..dan dalam surah Al-Ankabut, ayat 2,

Allahu'alam.

Jika ada ada apa-apa pertanyaan boleh lah emailkan terus kepada saya truemagix@gmail.com, atau pun tinggalkan komen anda di webpage ini.

Sekian, wassalam.

Truemax 11-Nov-2012 26-Zulhijjah-1433H (Ahad)

Nota: Terima kasih kepada www.surah.my untuk ayat Al-Quran dan terjemahannya.

No comments:

Post a Comment