Sunday, May 26, 2013

Cara Rakaman Audio (Bahagian 2)


Bahagian 2: Semasa Rakaman

3. Mencatit Informasi Rakaman
Mencatit informasi rakaman amat penting dalam proses rakaman. Untuk setiap rakaman, saya mencadangkan anda mencatat sekurang-kurangnya:
1. Nama penceramah-penceramah yang bercakap
2. Tarikh Rakaman
3. Lokasi Rakaman

Salah satu cara yang mudah ialah, anda boleh gunakan semula aturcara atau jadual kuliah yang sedia ada, iaitu anda cuma perlu menyediakan satu salinan dan terus mencatat informasi ini di atas jadual tersebut.

Anda juga boleh melakukannya tanpa menggunakan kertas, iaitu sebelum rakaman bermula, anda boleh membuat "Voice Note" (Nota Suara) dengan menggunakan alat perakam itu sendiri. Walaubagaimanapun saya dapati cara ini agak kurang sesuai terutamanya jika ramai orang lain juga bergilir untuk melakukan rakaman-rakaman tersebut.


4. Memeriksa Rakaman
Setelah menekan butang "REC" untuk memulakan rakaman, ada perlu perhatikan pergerakan 'input indicator':
1. Pastikan apabila pemberi kuliah sedang bercakap, indicator menunjukkan ia tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat, iaitu dalam kawasan tengah.
- Iaitu, sebaiknya, apabila penceramah bercakap pada nada yang biasa, indicator menunjukkan input tidak kurang dari tahap minimum dan tidak melepasi garisan maksimum.
2. Juga, apabila tiada sesiapa bercakap melalui mikrofon, input tidak di tunjukkan, atau kadarnya kurang dari tahap minimum.

Jika perlu, anda boleh menukar "Mic Sensitivity" kepada "Low" atau "Medium" atau "High" supaya sesuai dengan keadaaan.

5. 'Marking' (Menanda)
Ini ialah fungi 'menanda' pada audio tersebut. Ia boleh digunakan untuk menanda masa-masa yang tertentu dalam rakaman supaya senang dicari dikemudian hari, terutamanya jika anda perlu mengasingkan ("split") rakaman kepada fail-fail audio yang berasingan.

Sebagai contoh,
1. Majlis Bermula
2. Penceramah 1 mula bercakap,
2.1 Isi Penting 1
2.2 Isi Penting 2
3. Penceramah 2 mula bercakap.
4. Majlis Tamat

Jika anda ada berdekatan dengan recorder di sepanjang tempoh rakaman, anda boleh menekan butang 'T-MARK" untuk meletakkan "Mark" (tanda) pada waktu tersebut. Bergantung kepada model recorder yang digunakan, sesetengah model tidak mempunyai fungsi ini, dan sesetengah model mempunyai had bilangan 99 tanda sahaja dalam suatu tempoh rakaman.

Untuk melengkapkan lagi, anda boleh mencatat nota tentang penanda yang dibuat di atas kertas. Ini akan menolong apabila anda melakukan 'post processing' nanti, yang mana dengan mudah anda boleh mencari audio pada tempat tandaan yang tertentu, bagi tujuan untuk memadam sebahagian dari audio yang sebelum atau selepasnya atau pun atas tujuan-tujuan lain.

Jika alat perakam yang anda guna tidak mempunyai fungsi 'MARK' ini, penandaan boleh dibuat secara manual iaitu dengan membuat nota tentang waktu yang tepat, bersama dengan tujuan 'mark' tersebut.

InsyaAllah, jika berkesempatan saya akan teruskan dengan "Bahagian 3" selepas ini.

Semoga Allah swt. terus memberikan hidayah dan taufiq kepada kita untuk menunaikan segala yang diamanahkan kepada kita dengan sempurna dan juga supaya dapat melakukan pelbagai amal kebajikan dengan ikhlas, untuk kebaikan umat dan bekalan diri di akhirat nanti.

Sekian terima kasih.
truemax
16 Rejab 1434H Ahad
(26 May 2013M)