Sunday, April 18, 2010

Masa itu Oksigen?

Assalamu'alaikum,

Hmm.... macam mana nak mula.. sudah sekian lama tidak menulis di sini. Macam mana pun, saya mahu mula kembali menulis, untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan apa-apa sahaja.

Pepatah mengatakan, "Masa itu emas", membawa maksud bahawa masa itu amat berharga. Ya sebenarnya ia lebih berharga dari emas, malah is juga lebih berharga dari titanium atau platinum! ..dan ia lebih berharga dari Oksigen juga! Kita tidak akan dapat mendapat semula walau sesaat selepas ianya berlalu.

Jadi hargailah masa. Jangan bertangguh, terutamanya dalam mengamalkan kebajikan atau meninggalkan kemungkaran. Juga untuk menasihati kawan-kawan dan rakan-rakan kita. Entah bila, suatu hari nanti, hari yang pasti, akan sampai masa kita. Masa yang kita tidak lagi berkesempatan untuk melakukan apa yang telah kita tangguhkan sebelumnya. Masa yang mana kita hanya kan fikirkan untuk diri kita sahaja, tidak untuk orang lain, walau orang yang tersayang. Itu lah masa kita dipanggil oleh Allah s.w.t.


Semoga ini menjadi peringatan dan bermanfaat untuk saya sendiri dan semua yang membaca.

Sekian, wassalam.

::truemax
3 JamadilAwal 1431H