Wednesday, November 14, 2012

Cara Rakaman Audio (Bahagian 1)

**Audio Recording for sharing using Sony Portable Recorder UX-523F**

Assalamu'alaikum,

Di sini saya mahu berkongsi tentang bagaimana kita boleh membuar rakaman audio dengan mudah untuk dikongsikan kepada rakan pembaca atau pendengar iaitu untuk Kuliah Agama, Ceramah yang bermanfaat dan lain-lain.

Saya akan ceritakan serba ringkas di sini secara menyeluruh, kemudiannya jika perlu saya akan terangkan lagi dengan lebih terperinci dalam hal-hal yang tertentu, terutamanya jika ada pertanyaan ataupun permintaan dari pembaca.

Alat yang diperlukan.
1. Direct Sound Mixer Connection (Recommended)
2. Portable Recorder (Saya gunakan Sony Recorder UX-523F)



3. Software yang berkaitan (jika perlu - semua software yang dicadangkan adalah percuma)
     a. mp3split-gtk (Untuk split/padam bahagian kosong sebelum dan selepas kuliah)
     b. Audacity (Untuk mengubah volume dan processing yang lain)
     c. MP3QualityModifier (Untuk mengubah bitrate/mono)
     d. kid3 (Untuk meletakkan Keterangan dalam ID Tag dan artwork)

Tajuk ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu:

Bahagian 1: Sebelum Rakaman:
1. Sambungan Input atau lokasi recorder
2. Setting pada recorder

Bahagian 2: Semasa Rakaman:
3. Mencatit Informasi Rakaman
4. Memeriksa Rakaman
5. 'Marking'

Bahagian 3: Selepas Rakaman
6. MP3 Tagging, add in more information
7. Remove pre- and post- garbage.
8. Upload for sharing

Bahagian 1: Sebelum Rakaman

1. Sambungan Input atau Lokasi Recorder
Sambungan atau lokasi recorder adalah yang paling penting dalam prosess rakaman. Ini akan menentukan kualiti rakaman tersebut dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk membetulkannya jika kualiti rakaman yang teruk didapati.

Untuk kedua-dua option di bawah, anda hendaklah mencubanya dahulu beberapa kali sebelum waktu sebenar yang memerlukan rakaman tersebut. Ini akan memastikan cara yang ada lakukan adalah bertepatan untuk medapat kualiti yang diperlukan.

a. Sambungan secara terus dari Sound Mixer 





Jika anda dapati sound mixer yang digunakan mempunyai port 'output' seperti contoh gambar di atas, sambungan terus dari sound mixer tersebut amat lah digalakkan. Rakaman dari sambungan terus begini akan memastikan suara rakaman yang sangat jelas tanpa gangguan daripada bunyi-bunyi yang lain. Ini kerana cuma bunyi yang diambil dari microfon (iaitu yang dikuatkan kepada pembesar suara) itu sahaja yang akan dirakam.

Untuk menyambungkan secara terus, anda perlu pastikan adanya port 'output' tersebut. Anda mungkin perlu menyediakan wayar yang sesuai untuk penyambungan. Biasanya pada mixer terdapat Stereo RCA port yang berwarna Merah dan Putih, dan pada recorder pula terdapat soket untuk "Mic In" 3.5mm Sterio jack. Wayar ini boleh didapati dengan mudah daripada kedai-kedai elektrik atau pun pasaraya. 

Selepas mengaktifkan recoder, cucuk hujung wayer yang mempunya jack 3.5mm kepada socket mikrofon yang berwarna merah pada recorder. Pastikan anda memilih "AUDIO IN" pada skrin recorder. Jika perlu, setkan output level yang sesuai pada mixer, yang bersesuaian dengan "MIC Sensitivity"  pada recorder.
Power On

Cucuk Wayar dari Sound Mixer
Pilih "Audio In"
b. Lokasi yang baik untuk Recoder
Option sambungan terus dari Sound Mixer diatas akan memastikan rakaman yang jelas dan patut diusahakan juga boleh.

Jika tidak boleh berbuat demikian, anda akan bergantung kepada kebolehan microfon pada recorder tersebut. Ada perlu mencari tempat yang baik untuk meletakkan recorder tersebut yang mempunyai ciri-ciri seperti diabawah:
- Dekat dengan pemberi kuliah, sebagai contoh, di atas mejanya
- Dekat dengan dengan mana-mana pembesar suara yang berfungsi
- Tidak bergetar
- Jauh dari bunyi yang tidak dikehendaki seperti:
  - Kipas
  - Air cond
  - Orang yang bercakap
  - Budak Bermain
  - Bunyi kenderaan di luar

Dalam keadaan ini, penting untuk anda tidak menggerakkan recorder tersebut, kerana sedikit sentuhan atau geseran boleh mencetuskan bunyi yang tidak diingini yang agak kuat dalam rakaman tersebut.

Saya mahu mencadangkan untuk:
- mengalas bahagian bawah dengan kain yang tebal supaya tiada gangguan bunyi bila ia bergetar jika ada orang terhantuk meja atau diding yang berdekatan,
- dan juga mengalas bahagian atas mikrofon jika perlu supaya tidak kedengaran bunyi tiupan angin dari kipas atau sumber yang lain.

2. Setting pada Recorder

Setting yang saya letak disini adalah untuk recorder model Sony ICD-UX523F. Model yang lain juga boleh digunakan tetapi mungkin mempunyai setting yang berlainan dan menghasilkan kualiti yang berbeza.
Pilih Scene Yang Betul

Setting ini agak berbeza bergantung kepada cara input di atas.

Jika anda menggunakan sambungan terus ke sound mixer:
1. Scene Select: "Audio IN"
2. REC Mode (Quality) : MP3 48Kbps (MONO)
3. Mic Sensitivity : Low/Medium/High - Bergantung kepada Mixer Output
3. LCF (Low Cut) : ON
4. VOR : Off

Pilih "Mic Sensitivity" Mengikut Keadaan
Jika anda menggunakan built-in microphone pada recorder:
1. Scene Select: Meeting / Lecture (perlu cuba dahulu mana yang lebih baik)
2. REC Mode (Quality) : MP3 160Kbps (MONO)
3. Mic Sensitivity : Low/Medium/High - Bergantung kepada kekuatan bunyi pembesar suara dan bunyi persekitaran
3. LCF (Low Cut) : ON
4. VOR : Off

Seterusnya insyaAllah, saya akan sambung dengan bahagian kedua iaitu apa yang perlu dibuat sewaktu rakaman tersebut.

Sekian, Wassalam.

::truemax 27-Zulhijjah-1433H (Isnin) 12-Nov-2012

No comments:

Post a Comment