Sunday, August 4, 2013

Cara Rakaman Audio (Bahagian 3) - Selepas Rakaman


Bahagian 3: Selepas Rakaman


6. MP3 Tagging, menambah informasi tambahan
Perkara pertama yang perlu dibuat ialah pindahkan fail mp3 daripada recorder ke komputer anda. Bagi recorder yang ada sambungan terus USB ini amat mudah dilakukan dan tidak perlu dijelaskan di sini.

Saya cadangkan fail-fail mp3 kuliah dikumpul mengikut tahun dan jika perlu, bulan, juga tukarkan nama fail tersebut kepada yang lebih bermakna dengan mengekalkan susunan mengikut tajuk dan tarikh.

Seterusnya, informasi yang telah dicatatkan sebelum ini perlu diletakkan ke fail-fail mp3 tersebut. Ini adalah penting, kerana ia akan memudahkan pendengar mengetahui keterangan isi rakaman apabila ia dimainkan dengan "Windows Media Player", atau pun pemain mudahalih seperti Apple iPod, Sony Walkman, Smartphones dan sebagainya.

Ia boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan sofware percuma kid3 (http://kid3.sourceforge.net/).

Pada pendapat saya, antara informasi yang paling penting yang perlu ditambah kepada fail mp3 ialah:
a. Artwork - Gambar yang melambangkan kuliah yang telah dirakam
b. Tajuk - Tajuk boleh diletakkan nama ustaz yang memberi kuliah atau pun tajuk sebenar kuliah tersebut
c. Contribution Artis - Nama Ustaz
d. Genere - "Kuliah Agama"
e. Comment - Sedikit ringkasan kepada isi kuliah
f. Album - Kita boleh namakan rakaman tersebut sebagai suatu album atau pun menggunakan nama ustaz berserta dengan tahun.

Sebagai contoh, dalam applikasi kid3, ia dipaparkan sebegini yang mana kita boleh memasukkan informasi yang dikehendaki termasuklah artwork untuk fail rakaman tersebut.



7. Remove pre- and post- garbage.
Perkara yang seterusnya ialah membuang bahagian lebihan yang termasuk dalam rakaman pada bahagian permulaan atau pun akhir rakaman. Selalunya rakaman dimulakan lebih awal supaya tiada bahagian tertinggal di awal kuliah kerana amatlah rumit untuk memulakan rakaman pada waktu yang tepat dalam lingkungan 3 saat daripada pemberi kuliah mula bercakap. Oleh sebab itu bahagian lebihan rakaman di awal kuliah perlu dibuang supaya pendengar tidak perlu menunggu sambil mendengar bunyi senyap atau bunyi bising yang kedengaran sebelum kuliah bermula.

Begitu juga pada waktu akhir kuliah, bahagian lebihan perlu dibuang atas sebab-sebab yang hampir sama.

Beberapa software percuma boleh dimuat-turun. sebagai contoh anda boleh menggunakan software seperti

Kedua-dua software tersebut adalah percuma dan mudah digunakan.

Banyak lagi software lain yang boleh digunakan yang juga percuma, dan ada yang berbayar dan ada yang boleh melakukan banyak process yang lain juga. Anda boleh memilih software yang sesuai mengikut keselesaan anda sendiri.

8. Penukaran Bit Rate (Jika size file mp3 amat besar)
Pada keadaan biasa, dengan kualiti yang cukup bagus, kuliah untuk 1 jam akan mempunyai size anggaran 20MB. Jika size file amat besar, ia lebih susah untuk dikongsi kerana memerlukan masa yang lama untuk di transfer / upload dan juga memerlukan lebih banyak ruang untuk disimpan.

Ini terjadi apabila rakaman dibuat dengan bit-rate yang tinggi. Untuk kuliah biasa (vokal) bit-rate 48khz mono sudah mencukupi untuk mendapatkan kualiti yang baik.
Untuk menukar bit-rate tersebut, software seperti "MP3Quality Modifier" (http://www.inspire-soft.net/software/mp3-quality-modifier) boleh digunakan.

9. Editing (Jika perlu)
Dalam keadaan tertentu, Audio-Editing perlu dilakukan sebagai contoh, untuk membuang bahagian tertentu dalam rakaman yang tidak dikehendaki (senyap yang panjang atas sebab teknikal atau gangguan bising di tengah-tengah kuliah dan sebagainya).
Perisian percuma Audacity (http://audacity.sourceforge.net/download/) mempunyai pelbagai fungsi mengedit audio.
Antara perkara yang boleh dilakukan:
1. Membuang bahagian tertentu dari rakaman.
2. Mengubah volume pada bahagian tertentu
3. Mixing - Penambahan audio untuk intro dan ending
4. Equalizer - untuk meningkatkan kualiti audio

Walaubagiamana pun, kualiti audio amat bergantung kepada keadaan sewaktu rakaman dilakukan sebagaimana diterangkan dalam bahagian 1 sebelum ini.

9. Simpanan dan Perkongsian

Sekarang audio mp3 anda sudah sedia untuk perkongsian. Ia boleh lah diuploadkan ke mana-mana public server yang menyediakan perkhidmatan 'File Sharing' atau anda boleh 'burn'kan ke CD atau salin kepada thumb-drive kenalan-kenalan anda, atau terus salinkan kepada pemain mp3 atau smartphones.

Semoga usaha kebajikan kita yang ikhlas ini diterima Allah sebagai suatu ibadah dan kepada-Nya lah kita berharap untuk mendapat rahmat dan keampunan.

Sekian, wassalam.

truemax
26 Ramadhan 1434H (Ahad)
(4 Ogos 2013)

Sunday, May 26, 2013

Cara Rakaman Audio (Bahagian 2)


Bahagian 2: Semasa Rakaman

3. Mencatit Informasi Rakaman
Mencatit informasi rakaman amat penting dalam proses rakaman. Untuk setiap rakaman, saya mencadangkan anda mencatat sekurang-kurangnya:
1. Nama penceramah-penceramah yang bercakap
2. Tarikh Rakaman
3. Lokasi Rakaman

Salah satu cara yang mudah ialah, anda boleh gunakan semula aturcara atau jadual kuliah yang sedia ada, iaitu anda cuma perlu menyediakan satu salinan dan terus mencatat informasi ini di atas jadual tersebut.

Anda juga boleh melakukannya tanpa menggunakan kertas, iaitu sebelum rakaman bermula, anda boleh membuat "Voice Note" (Nota Suara) dengan menggunakan alat perakam itu sendiri. Walaubagaimanapun saya dapati cara ini agak kurang sesuai terutamanya jika ramai orang lain juga bergilir untuk melakukan rakaman-rakaman tersebut.


4. Memeriksa Rakaman
Setelah menekan butang "REC" untuk memulakan rakaman, ada perlu perhatikan pergerakan 'input indicator':
1. Pastikan apabila pemberi kuliah sedang bercakap, indicator menunjukkan ia tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat, iaitu dalam kawasan tengah.
- Iaitu, sebaiknya, apabila penceramah bercakap pada nada yang biasa, indicator menunjukkan input tidak kurang dari tahap minimum dan tidak melepasi garisan maksimum.
2. Juga, apabila tiada sesiapa bercakap melalui mikrofon, input tidak di tunjukkan, atau kadarnya kurang dari tahap minimum.

Jika perlu, anda boleh menukar "Mic Sensitivity" kepada "Low" atau "Medium" atau "High" supaya sesuai dengan keadaaan.

5. 'Marking' (Menanda)
Ini ialah fungi 'menanda' pada audio tersebut. Ia boleh digunakan untuk menanda masa-masa yang tertentu dalam rakaman supaya senang dicari dikemudian hari, terutamanya jika anda perlu mengasingkan ("split") rakaman kepada fail-fail audio yang berasingan.

Sebagai contoh,
1. Majlis Bermula
2. Penceramah 1 mula bercakap,
2.1 Isi Penting 1
2.2 Isi Penting 2
3. Penceramah 2 mula bercakap.
4. Majlis Tamat

Jika anda ada berdekatan dengan recorder di sepanjang tempoh rakaman, anda boleh menekan butang 'T-MARK" untuk meletakkan "Mark" (tanda) pada waktu tersebut. Bergantung kepada model recorder yang digunakan, sesetengah model tidak mempunyai fungsi ini, dan sesetengah model mempunyai had bilangan 99 tanda sahaja dalam suatu tempoh rakaman.

Untuk melengkapkan lagi, anda boleh mencatat nota tentang penanda yang dibuat di atas kertas. Ini akan menolong apabila anda melakukan 'post processing' nanti, yang mana dengan mudah anda boleh mencari audio pada tempat tandaan yang tertentu, bagi tujuan untuk memadam sebahagian dari audio yang sebelum atau selepasnya atau pun atas tujuan-tujuan lain.

Jika alat perakam yang anda guna tidak mempunyai fungsi 'MARK' ini, penandaan boleh dibuat secara manual iaitu dengan membuat nota tentang waktu yang tepat, bersama dengan tujuan 'mark' tersebut.

InsyaAllah, jika berkesempatan saya akan teruskan dengan "Bahagian 3" selepas ini.

Semoga Allah swt. terus memberikan hidayah dan taufiq kepada kita untuk menunaikan segala yang diamanahkan kepada kita dengan sempurna dan juga supaya dapat melakukan pelbagai amal kebajikan dengan ikhlas, untuk kebaikan umat dan bekalan diri di akhirat nanti.

Sekian terima kasih.
truemax
16 Rejab 1434H Ahad
(26 May 2013M)