Tuesday, June 30, 2009

Tips Pemanduan Tanpa Penyaman Udara

Assalamu'alaikum,


Berhati-hatilah di jalanraya, sama-samalah kita jadikan jalanraya kita tempat yang selamat untuk dijalani.

Terlintas kembali dalam fikiran saya untuk kembali menulis tentang pemanduan. Tetapi kali ini tidak untuk memandu dengan lebih laju atau pun berlumba. Saya mahu kongsikan sedikit tip-tip yang selalu saya amalkan sewaktu penyaman udara (saya gunakan perkataan aircond sajalah ya) kereta saya rosak, semoga berguna untuk pembaca semua. Saya selalu ada masalah aircond pada kereta saya.

1. Daripada pengalaman sendiri, dan juga nasihat dari makanik, kompressor aircond tidak boleh tahan lama dengan pemanduan halaju tinggi atau pun dengan lebih tepat lagi dengan RPM tinggi. Jadi tip pertamanya ialah, jika kamu mahu memandu dengan agrasif, sila matikan aircond. InsyaAllah ia akan lebih tahan lama.

2. Baiklah, jika kita memandu dengan laju dan tidak memasang aircond (atau pun aircond nya sudah rosak seperti kereta saya, huhu) tentu akan rasa panas/hangat. Itu boleh dikira sebagai satu sauna percuma :). he he he. Klick link berikut, ada seorang kawan, Falin Dric, menulis tentang sauna free (http://snm21369.blogspot.com/2009/05/115-sauna-free-jom.html).



Gambar hiasan
kereta saya yang masih bersih, basuh 6 bulan sekali saja!



3. Ketika memandu tanpa aircond, tetapi tidak mahu menggunakan suana percuma itu, kita perlulah membuka tingkap kereta. Setelah membuat banyak percubaan, saya dapati cara yang paling baik ialah membuka 2 cermin kereta sahaja, iaitu tingkap pemandu dan tingkap belakang pemandu. Dengan membuka 2 tingkap itu, udara boleh mengalir dengan baik dan tidak terlalu kuat untuk pemandu dan penumpang di hadapan. Jika mengamalkan tip ini, kamu tidak perlu risau untuk menyikat rambut semula apabila tiba di destinasi nanti. Juga, ia akan mengurangkan bunyi bising deruan angin yang laju.

4. Sambungan daripada tip di atas, jika kamu memandu dengan halaju yang lebih tinggi, iaitu 130km/j ke atas. Tingkap pemandu bolehlah di tutup, iaitu membiarkan tingkap di belakang pemandu sahaja yang terbuka. Ini akan mengurangkan lagi bunyi bising, tetapi juga akan mengurangkan aliran udara. Untuk menambahkan lagi aliran udara, perlulah menekan minyak supaya lebih laju lagi pula :)

5. Jika tidak mahu semua tu, boleh lah membaiki aircond apabila ia rosak di bengkel-bengkel yang sesuai. :)

Ok. Itu sahaja buat masa ni. Jika sesiapa tahu matera-matera tertentu untuk memulihkan aircond yang rosak, silalah kongsikan. Berhati-hatilah di jalanraya, sama-samalah kita jadikan jalanraya kita tempat yang selamat untuk dijalani.



Gambar hiasan
Emblem asal Wira masih digunakan




::truemax

3 comments:

  1. hehehe, walaupun keta aku ada aircond tapi memang jarang pasang..:) lagi suka udara luar..pakai kalau ujan je,hehe..

    ReplyDelete
  2. Iye betul truemax ... yg tension bila xde aircond pastu hujan lak tu ... berkuap2 pastu menguap ... hu hu hu

    ReplyDelete
  3. Salam Semua,
    Nad,
    Oh, saya kalau boleh akan elakkan travel jauh dengan kereta tanpa aircond. Memang susah nak harap tidak hujan disepanjang perjalanan.
    Tapi kalau terpaksa tu nak buat macam mana kan. :)

    Acai,
    He he he.. bukan ke kamu selalu bawak motor saja ..
    Tapi memang betul, kalau turn off aircond lebih jimat. Saya perhatikan kereta saya, tanpa aircond, ia boleh pergi lebih jauh 40km(!). Untuk satu tangki minyak dengan aircond dalam 275km, tanpa aircond 315km. (Oh jangan tanya kenapa kereta saya makan minyak sangat banyak..)

    (disclaimer, ini semua anggaran, your millage may vary)

    Sir Noordin,
    He he, kalau hujan saya tak tau lah nak buat macam mana. Kalau tutup tingkap tentunya akan berkuap, berpeluh dan merimaskan - Sauna Mode :). Alhamdulillah, setakat ni, tak kena yang teruk lagi.

    Take care all, wassalam.

    ::truemax

    ReplyDelete