Monday, June 22, 2009

Cuti-cuti sekejap - Perjalanan Pulang ke Bandar

Assalamu'alaikum,

Baru sekarang saya berkesempatan untuk menyambung semula, tentang perjalanan pulang dari Kampung Kadok ke Putra Heights, Selangor.

Hmmm.. saya ceritakan serba ringkas saja ya.. kalau dipanjangkan pun, rasanya ia akan menjadi satu coretan peribadi yang boring sehinggakan bila saya sendiri baca semula pun akan rasa mengantuk :)

Ok, begini. Pada suatu hari, ketika di Kampung Kadok di Kelatan, saya sedang memikirkan jam berapakah yang paling sesuai untuk bertolak dari situ untuk pulang semula ke Selangor. Salah pilih hari dan masa boleh mengakibatkan kena jem teruk di perjalanan nanti, tentunya akan memenatkan badan fizikal dan mental, meningkatkan ketegangan emosi dan mungkin menaikkan tekanan darah juga! Hmmm selalunya saya agak kurang bernasib baik kerana pemilihan hari dan
masa yang saya buat sama dengan ramai orang lain, dan seperti berpakat dengan ramai orang lain, kejadian jem berjemaah pun berlakulah dengan saya sebagai salah sorang makmumnya.

Pada hari Ahad sebelumnya abang saya yang sulong, Abang Far, sudah bertolak kembali ke KL, pada jam 6 petang dan sampai di rumahnya pada kira kira 1 pagi. Nampak gayanya masa yang diambilnya itu adalah masa terpilih yang ideal untuk bertolak dan perjalan dengan penuh effisien. Jadi saya mengambil keputusan untuk bertolak pada jam 5 petang hari Selasa.

Jadi, dipendekkan cerita, saya berjaya bertolak dari kampung pada jam 6 petang, selepas berkemas dan mengisi barangan yang begitu banyak ke dalam kereta. Ya memang banyak. 5 kg keropok, 1 toto (permintaan kiriman di saat terakhir) dan 2 beg besar kalis air saya di letakkan di atas bumbung kereta, dan banyak barangan lain di dalam kereta.



Saya memandu terus hingga ke perhentian Genting Sempah untuk mengisi minyak di Petronas pada jam 11:25 malam.



Sambung lagi perjalanan dan berhenti di Perhentian Awan Besar di KESAS pada kira-kira jam 12:20 untuk solat Jamak Magrib dan Isyak.



Perjalanan waktu malam sememangnya lancar, hampir di keseluruhan perjalanan saya boleh memandu dengan halaju yang saya mahu, bukannya tersekat oleh banyak kenderaan lain dan tidak mengambil masa yang lama untuk memotong barisan kenderaan yang lebih pendek. Cuma, pada masa yang sebegini, lebih banyak lori di perjalanan, mereka memberi sedikit sebanyak gangguan, tetapi amatlah kurang berbanding dengan tekanan pada waktu jem!

Begitulah ceritanya.

Wassalam.

::truemax
Blogged with the Flock Browser

8 comments:

  1. Ala..
    ada gambar kereta je?
    mana gambar max??? =p

    ReplyDelete
  2. Salam Max..

    hehhe..saya pernah makan satay di Awan Besar tu...ni memang konvoi ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Max ..

    He he he SirN ni ...thanks for visiting my blog.

    Keep in touch.

    ReplyDelete
  4. Salam Noi,
    Tengok tengok lah dulu gambar kereta, kiub, tayar dan sebagainya. he he he..

    Saya ni kurang fotogenic, tambahan lagi seorang yang pemalu ha ha ha ha ha ha ha ha.
    Ops.. ketawa panjang pula saya kat situ.

    SriSufi,
    Satey di hentian rehat Awan Besar tu sebetulnya authentic Satey Kajang Haji Samuri, memang sedap dan lazat. Ingatkan nak juga makan kat situ malam tu, tapi jam 11.30pm tu semua dah tutup. Tak apa, lain kali bila berkesempatan.

    Sir Nordin,
    Terima kasih kerana menjengok. Bila boleh bagi try motor superbike ;)

    Tun Teja,
    Wa'alaikumussalam. Terima kasih kerana menjengok.

    Semoga kita semua ceria dan bahagia selalu :)

    ::truemax

    ReplyDelete
  5. salam Truemax.

    sy jrg dpt berjalan mlm.
    sbb sy sllu tertido kat seat blkg!
    haha.
    tp hr tuh, ms nk balik jhor dr KLIA, sy dpt peluang jln mlm2.
    mmg best!
    xbnyk kenderaan.
    bnyk lori je.
    sy try xnak tdo, sbb xnak lepaskan peluang keemasan tgk chy keemasan dr lampu jalan yg keemasan. (haha)
    tp tertido gak.
    huk.
    smpai johor dlm pukul 3.00 ++ pagi.
    salute dgn pak cik sy yg drive ms tuh.
    die xngantuk lgsung!
    begitulah cerite pendek tntg sy-berjalan-malam.
    hehe.

    ps : keta Truemax cantek. sbb dihiasi lampu jln yg keemasan. haha.

    ReplyDelete
  6. captured! ha nih dia kereta yg memenuhkan jalan kb masa cuti lepas :D
    hehe..
    baru fisrt time sampai sini^^

    ReplyDelete
  7. Arina,
    1. mana aci tido je.. tak merasa cabaran bawa kereta malam tu .. he he he
    2. ha tabik, tabik spring lagi untuk dia! tapi kami ni (pemandu tegar) kalau mengantuk pun susah nak mengaku he he he
    3. Kereta saya memang cantek, walaupun lampu jalan di turn off :)

    CikTim,
    Salam kenal, terima kasih kerana datang check kereta saya.. he he he, KB penuh bukan sebab kereta saya ya, saya pergi setakat Wakaf Che Yeh saja, ha ha ha!
    Sekali sampai ke sini boleh lah selalu pula :)

    Wassalam.

    ::truemax

    ReplyDelete