Friday, May 29, 2009

Saya Suka... Memandu

Assalamu'alaikum,

Saya suka.. hmm banyak benda saya suka, salah satu yang saya paling suka ialah Memandu. Memandu dalam keadaan segar, jalan yang baik dan tenang, bagi saya itu tidak kisah. Malah jika berpeluang saya akan tawarkan diri untuk memandu walaupun dengan kenderaan orang lain. Baru baru ini saya kerap memandu ke sana ke mari, sebelumnya ke Ipoh, kemudiannya Skudai Johor, dan kemudian lagi ke Kampung Parit Pulai, sebanyak 2 kali.

Akan tetapi, jika jalan yang sesak atau pun jarak perjalanan yang jauh, ia akan memberi tekanan yang lebih, dan kan lebih cepat 'penat', bosan dan mengantuk.

Bagi saya, musuh utama saya ketika memandu ialah mengantuk. Walaubagaimana pun, saya sudah jumpa satu cara untuk menghilangkan mengantuk itu. Bagaimana? Makan kuaci. Setelah beberapa lama, sekarang ini saya sudah boleh menguasai 'skill' memakan kuaci dengan sebelah tangan.

Antara kebaikan memakan kuaci semasa memandu ini berbanding dengan aktiviti menghilangkan mengantuk yang lain ialah:
1. Perlukan usaha untuk memakan membuka, mengambil isinya dan menbuang kulit ke dalam bekas yang di sedia kan. Ini akan menghilangkan rasa mengantuk.
2. Menguyah kuaci itu, walau pun kecil, juga menghilangkan mengantuk.
3. Saiz nya yang kecil, walau dimakan banyak, ia tidak mengenyangkan dan tidak menambah berat badan :)
4. Ia menganbil masa untuk dibuka dan dimakan, jadi ia lambat habis. Saya packet biasa rasanya boleh tahan untuk 5 jam atau lebih memandu, sekali lagi, tanpa mengenyangkan dan menggemukkan.

Tetapi ia juga ada masalah tersendiri:
1. Kulitnya amat senang hancur dan susah untuk pastikan masuk ke bekas yang disediakan, jadi agak bersepah jadinya kereta.
2. Perlukan skill, pada mulanya agak susah, jadi amat bahaya jika ia boleh mengganggu pemanduan kereta itu sendiri. Jadi berhati-hatilah jika kamu mahu cuma.

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Jadi, rasanya inilah yang terbaik untuk saya buat masa ini, kerana saya memang tidak suka makan gula-gula, chewing gum dan sebagainya. Kamu bagaimana? Mungkin ada cara yang unik dan lebih baik. Silalah kongsikan..

Wassalam.

::truemax

6 comments:

  1. eh? max, kamu ada 2 blog ka?? walauwei

    ReplyDelete
  2. En K.Opi,
    Jangan terkejut.
    Sebenarnya saya ada lebih dari 2 blog :)

    Terima kasih kerana datang melawat.

    ::truemax

    ReplyDelete
  3. Tak suka drive dalam jem. Lenguh kaki tekan clutch. Mengantuk ya amat.
    ^-^

    ReplyDelete
  4. Salam Nad,

    Begitu lah.. kalau drive dalam jem guna kereta manual amat mencabar kaki kiri :)

    Kamu dah tak plurking lagi sekarang ya?

    Macam-mana pun, ceria dan senyum selalu ya.

    ::truemax

    ReplyDelete
  5. Salam Truemax :)

    Coffee. Makan Nasi dengan sudu dan lauk-lauk.

    x boleh dgr radio & lagu bila memandu dgn Abah, dgr CD mengaji, tasbih di tangan. gula2 dan chewing gum pun saya x lalu dah. knp ntah.

    ReplyDelete
  6. Falin Dric,

    Wah, siap boleh makan nasi dengan lauk-lauk tu. Canggih.

    Saya dulu pernah juga makan nasik goreng dengan sudu. Satu tangan pegang tupperware, satu tangan pengang sudu, steering kawal dengan lutut. he he he.. ini tak bagus, jangan contohi.

    Oh.. memang bagus dengar CD mengaji atau ceramah.. hmmm tapi kekadang tu kan, rasa nak melayan lagu pulak, terutamanya lagu Gundam Seed/Seed Destiny dan Initail D yang saya sangat minati :)

    ReplyDelete