Friday, November 24, 2017

Tanggungjawab Penghantar Mesej

Assalamu'alaikum,

Di sini saya mahu ketengahkan tentang etika dan cara yang betul dalam menghantar mesej (sama ada 'send' atau forward') yang kita dapati.

Masalah kita sekarang:
1. Mesej di hantar (forward) tanpa tahu asal dari mana, betul atau salah
2. Tidak tahu siapa untuk dihubungi untuk kepastian
3. Mesej lama yang sudah diketahui sebelum ini tidak benar, diedarkan lagi ke group group.
4. Adakah perkara yang dilaporkan itu masih valid - ini penting untuk orang memerlukan bantuan, menderita sakit , orang hilang dari rumah dan sebagainya. 

Tidak dapat dinafikan lagi kita tidak boleh lari dari menghanar mesej pada zaman ini, terutamanya dengan menggunakan apps seperti whatsapp, telegram dan lain di telefon mudah alih. Sememangnya niat kita ikhlas untuk kongsikan mesej tersebut terutamanya jika ia suatu yang bermanfaat, berbentuk nasihat, juga berguna untuk memanjangkan keadaan nasib golongan yang memerlukan bantuan.

Bagi mesej yang penting, apabila dihantar, kita hendaklah mencontohi bagaimana mesej-mesej dahulu di hantar, sama ada melalui pesanan mulut, surat kertas, atau email yang mana kita boleh tahu dengan jelas siapa penghantar dan konteks masa dan sebagainya. Element-element penting dalam mesej tersebut masih diperlukan untuk mesej waktu sekarang tetapi oleh kerana mobile app yang ada tidak merekodkan maklumat itu  maka muncullah masalah mesej yang tidak tepat, mesej yang sudah lapok, dan juga tularan yang tak tahu benar atau salah.. 

Menjadi tanggungjawab kita yang menghantar mesej untuk memastikan maklumat-maklumat ini disertakan bersama apabila mesej dihantar. Maklumat tersebut ialah:

  • Siapa kah penghantar asal (atau penulis asal artikel) 
    • nama
    • butiran untuk dihubungi (nombor telifon atau email)
    • Media asal mesej (majalah, surat khabar)
  • Bilakah mesej asal ditulis 
    • Tarikh  dan masa mesej
    • Tarikh artikal dikeluarkan dalam majalah dll
  • Dari siapa kita dapat mesej tersebut (jika kita bukan penulis asal mesej)
  • Nama kita sendiri yang menghantar (kita bertanggungjawab jika ada pertanyaan tentang sumber yang diambil)


Kadang-kadang kita ambil fakta dari buku atau majalah atau akhbar dan sebagainya, maka hendaklah kita letakkan nama media tersebut dan juga tarikh keluarannya, sebagai rujukan.

Insyaa-allah dengan berbuat demikian kita membantu pembaca untuk lebih yakin, dan mengurangkan mesej-mesej yang tak tahu asal diedar dan diulang edar lagi selepas sudah berbulan atau setahun.

Kita harus ingat sebagai penghantar mesej kita bertanggungjawab atas mesej tersebut. Jangan forward jika tiada kepastian tentang kebenarannya.

Ini pendapat saya, Allahu'a'lam.

- Ahmad
truemagix@gmail.com
24-Nov-2017


No comments:

Post a Comment