Saturday, July 18, 2009

Saya Jatuh Cinta Lagi

Assalamu'alaikum,

Hmmm.. hari ni saya nak berbicara tentang cinta, kenapa? Kerana saya sudah jatuh cinta!

Sememangnya saya mengakui saya ni mudah jatuh cinta orangnya. Setelah banyak kali(!) jatuh cinta, saya faham benar sifat saya itu dan saya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.

Tak perlulah saya cerita tentang cinta-cinta saya yang dahulu, banyak kenangan jika mahu dikenang, ada yang kelakar dan pula yang menyedihkan. Cinta itu buta, tak tentu masa dan ketika, jika tidak hati-hati boleh terjebak. Jika terkena panahannya amat sukar dielak. Tanpa iman tentunya senang saja kita rosak. Hmmm begitulah lumrah cinta.

Bagaimana saya boleh jatuh cinta? Hmmm.. ini perkara peribadi sebenarnya, tapi boleh lah saya ceritakan sedikit, sipi-sipi supaya tidak terlalu nyata dan terbuka, dan tidak pula saya termalu olehnya, he he he.

Begini. Ia berlaku tidak lama dahulu. Pada satu hari, saya pergi ke salah sebuah shopping center. Sedang saya berjalan-jalan, saya terlihat si dia. Cukuplah saya letakkan namanya sebagai Noni di sini. Mulanya saya tidak mengendahkannya, tidaklah terlintas di fikiran yang saya akan suka kepada Noni. Sebelum ini saya memang ada mengenali kawan-kawannya melalui internet. Tetapi Noni, saya tak pernah berjumpa dengannya ataupun mengenalinya langsung secara nyata ataupun maya.

Sekali terpandang saya terus berfikir, wah mengancam betul si Noni ni. Tetapi saya cuba kuatkan semangat untuk tidak mengendahkannya. Tapi setelah beberapa kali terpandang dan kemudiannya berpandangan pula, saya tidak lagi boleh mengelak. Si Noni, memang memenuhi ciri-ciri yang saya idamkan. Saya seorang yang cerewet dan agak terperinci dalam banyak benda. Noni telah berjaya menawan hati saya, raut wajahnya yang begitu.. ahem.. .. apa perkataan yang sesuai ni, "cun". Ya, dia cun habis. Sekali terpandang sudah terpikat, apakah pula setelah kami berkenalan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, sekarang sudah berkenalan, terus jatuh cinta. Alamak apa nak jadi dengan saya ni!!

Noni amat peramah, terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa dalam perbualan kami. Sebenarnya perbualan kami lebih kepada tajuk-tajuk teknikal, contohnya tentang Internet, 3G, Wifi dan sebagainaya, al-maklumlah saya ni memang sebegitu, minat sangat benda teknikal ni, dan dia pula layan saja apa-apa topik yang saya bualkan. Hmmm memang matching lah kan. Walaupun demikian, pesonalitinya agak kompleks dan sukar difahami, tetapi mungkin itulah yang memberikan daya tarikan yang lebih padanya. Ya, saya begitu tertarik padanya. Harapnya sama juga dipihak dia.

Sejak dari mula menulis entri ini, saya berfikir sama ada saya patut tunjukkan gambarnya di sini atau tidak. Kalau tak nak tunjuk boleh tak? He he he.. Kalau tunjuk takut pula kamu semua pun berkenan dan terpikat juga. Ok lah ni gambar dia, tapi jangan tengok lama-lama ya! Noni.

Jangan jeles ;)

::truemax

p.s.
Selamat tinggal Dori.

7 comments:

  1. salam. dijemput datang menonton GADOH di USM pada 8.8.09 nanti. ajak kawan-kawan skali ok. :)

    tengok flyers kat sini: http://2.bp.blogspot.com/_VNg9zxVOC4E/Sl8h_B3gqYI/AAAAAAAAAx4/jiw9JqBVZwU/s1600-h/gadoh_at_kb.jpg

    ReplyDelete
  2. Dhani... kat USM ada GADOH..wahh teringinnye nak pegi..
    Max, bawak le Noi ..huwaaaaaa~! Nak tengok nak tengok --> out of topic lak..

    Hihi..
    Dah agak dah si Noni ni sape... Noni Noni...
    Sekarang ni tambah seronok le abah max berplurking

    ReplyDelete
  3. xtercakap ape2. cume nk ckp : "wah!" :D

    ReplyDelete
  4. Salam semua..

    Dhani,
    Salam kenal.. terima kasih atas jemputan itu... saya pernah dengar tentang citer Gadoh ni, penuh aksi juga rasanya. Tapi maaf tak boleh janji boleh datang tengok.

    Noi,
    Oh nasib baik Noi baca betul, takut nanti terperasan yang Noni tu Noi susah saya nak garu kat mana pun tak tahu.
    He he he.. betul tambah best, boleh online anytime anywhere, kat bandar ler kan.. tu pun teori saya, realitinya tak tahu lah.

    Arina,
    Ermmm... Hmmmm...
    Thanks for the 'Wah!' ;)

    Future Murrabi,
    He he he, kelakar ek.. kisah cinta selalu sedih dengan pelbagai cabaran, tapi yang ni tak ada.. :D


    Take care all.
    Wassalam,

    ::truemax

    ReplyDelete
  5. hahahahaks... sgt lucu n buat suspen jer .. nway, I puji narrative awak.. gaya penceritaan yg sungguh dramatik & mengasyikkan heheh

    XOXO
    Eeriyatie

    ReplyDelete
  6. kenapa skrg saye baru pasan ayahsedare saye yg sorg ni suke menamakan hp?
    ok saye nak namekan hp saye 'bella' sempena name heroine dlm cite twilight..amat bes novel itu..hehe (hp da buruk baru nak bg name) hik3

    ReplyDelete