Sunday, September 27, 2009

Penulisan Dalam Bahasa Kelantan - Kaedah T


Penulisan Dalam Bahasa Kelantan "Kaedah T" (PBKKT)

Klik di sini untuk Jadual Ringkasan PBKKT.

Pengenalan

Kawan-kawan semua, di sini saya mahu ketengahkan cara untuk membuat ejaan yang lebih mudah, supaya bahasa Kelantan boleh ditulis, dibaca dan difaham dengan lebih mudah. Ini amat berguna untuk orang Kelantan yang mahu menggunakan Bahasa Kelantan itu sendiri, juga untuk mereka yang mahu belajar memahami atau bercakap dengan menggunakan Bahasa Kelantan.

Masalah
Masalah dalam penulisan Bahasa Kelantan dengan menggunakan Huruf Rumi adalah kerana kekurangan yang terdapat pada set Huruf Rumi itu sendiri. Antara lain, untuk mengeja dan membuat ayat dalam Bahasa Kelantan Huruf Rumi mempunyai masalah yang berikut:

1. Huruf Rumi tidak mempunyai huruf 'Ghain' seperti dalam Huruf Jawi atau Arab, yang mana ia amat diperlukan untuk banyak perkataan Bahasa Kelantan. Biasanya huruf ini digantikan dengan gabungan huruf 'gh', sebagai contoh "ghukah", "ghumoh", tetapi penulisan akan menjadi lebih panjang dan tidak kemas.

2. Banyak perkataan dalam ayat Bahasa Kelantan mempunyai 'sabdu'. Huruf Rumi tidak mempunyai kemudahan ini, kecuali dengan menulis huruf yang terlibat sebanyak 2 kali. Akan tetapi ini akan menjadi amat janggal kerana kebanyakan 'sabdu' tersebut berlaku di permulaan perkataan. Sebagai contoh "ssini", "ppalo".

3. Bunyi untuk huruf 'e' yang istimewa banyak dalam perkataan Bahasa Kelantan, seperti dalam perkataan-perkataan "kawe", "dale", "Kelate" perlu dibezakan supaya ianya lebih mudah dibaca, disebut dan difahami.

4. Bunyi untuk huruf 'o' yang juga istimewa, seperti mana dalam perkataan "ho" (ya), "ko" (kah), "so" (satu), juga elok dibezakan. Walau bagaimana pun ini tidak begitu perlu kerana perkataan-perkataan ini lebih mudah untuk diagak dan dibiasakan.

5. Bunyi huruf untuk hujung Bahasa Melayu "ir" dan "il" juga perkataan "toksir" tidak dapat dieja dengan jelas dalam tulisan Rumi, kerana dalam Bahasa Kelatan ia disebut dengan istimewa tanpa bunyi 'R' atau "L".

6. Nada "Hamzah" mati dalam banyak perkataan Kelantan tidak dapat ditulis, sebagai contoh bagi perkataan "hidup", "huruf", "tubik"

Penyelesaian
Untuk masalah-masalah pengejaan tersebut, di bawah ini ialah penyelesaiannya:
1. Untuk huruf 'Ghain', gunakan '§' (Alt+0167) atau '/'. Contoh: §ukah, §umoh atau /ukah, /umoh.
2. Untuk 'sabdu' gunakan '^' sebelum huruf yang terlibat. Contoh: ^sini, ^palo
3. Untuk 'e' istimewa, gunakan 'è' (Alt+0232) atau '#'. Contoh: kawè o§è Kelatè atau kaw# o/e Kelat#

1 hingga 3 tersebut sudah cukup untuk penulisan biasa, akan tetapi jika mahu lebih terperinci lagi, bolehlah amalkan 4 hingga 6 di bawah juga. Cuma jika belum biasa lagi, penulisan dengan nombor 5 dan 6 boleh buatkan kita lebih keliru.

4. Untuk 'o' istimewa, gunakan 'ö' (Alt+0242) atau '*' atau 'o' biasa. Contoh Nök tido doh kö? atau N*k tid* d*h k*?
5. Untik 'i' istimewa, gunakan 'ï' (Alt+0239) atau '|'. Contoh: toksï, banyok pasï atah katï.
6. Untuk banyak perkataan yang berakhir dengan 'p', 'f', 't', 'b' dan lain-lain, perkataan ini biasanya habiskan dengan "Hamzah" yang di tanda dengan " ' ". Contoh: hidu', huru' tubi'.

Nota: Alt+0167, bermaksud dengan menekan kunci ALT (tanpa lepas), tekan nombor 0,1,6,7 pada papan-kunci nombor (numeric keypad) dan baru lepaskan kunci ALT tadi. Pasti kan ini dilakukan pada waktu "NumLock" aktif.

Huruf alternatif '/', '#' boleh juga digunakan kerana untuk pengguna komputer riba yang papan-kunci nombornya berkongi dengan papan kunci utama, ia akan menjadi agak susah untuk sentiasa mengaktif dan menyahaktifkan fungis NumLock tersebut. Saya sendiri lebih suka untuk menggunakan huruf alternatif ini, kerana ianya lebih mudah dan cepat.

Sebagai contoh yang lebih lengkap, saya akan tulis keterangan ini dalam Bahasa Kelantan pula.

--- --- ---
Penulisan Dalam Bahasa Kelantan "Kaedah T" (PBKKT)

Pengenal#
Wahai demo, saing-saing hok baco blog kaw# ni, ni kaw# nok /oyat lagu mano nok sen# ejo pekato# Bahaso Kelat#, biar mudoh nok tulih, nok baco d# nok p#h# Bahaso Kelate kito ni. Ni biar ^guno kalu nok guno Bahaso Kelat# kito, o/e lain hok nok belajar pong mudoh nok p#h#, mudoh nok belajar ^kecek Kelat#

Masaaloh

Masaaloh nok tulih Bahaso Kelate deng# hu/up /umi ni sebab hu/up /umi tu sedi/i ku/e. Antaro masaaloh dio ialah:

1. Hu/up /umi takdok hu/up 'Ghain' supo dal# Jawi atau Arab. Sed#k# hu/up ni m#m# keno guna banyok untuk ^ngejo perkato# Bahaso Kelat#. Sekalo, hu/up ni o/e paka 'gh', contohnyo "ghukah", "ghumoh", tapi jadi panj# d# tok com#.

2. Banyok perkato# Bahaso Kelat# ado 'sabdu'. Hu/up /umi tokleh nok tulih, kalu nok tulih keno buat 2 kali hu/up tu, tapi napok pelik pulok, sebab banyok sabdu ni duk ^dep# perkato#. Contohnyo "ssini", "ppalo".

3. Bunyi hu/up 'e' spesel banyok dal# perkato# Bahaso Kelat#, contohnya dal# perkato# "kawe", "dale", "Kelate", ni nok keno ^bezo biar mudoh nok baco, nok sebut d# nok p#h#.

4. Hok bunyi hu/up 'o' spesel, mac# dal# perkata# "ho" (ya), "ko" (kah), "so" (satu), pong moleknyo kito wat ^bezo jugok. Tapi hok ni tok perlu sangat sebab perkato# ni mudoh nok agok d# mudoh boleh biaso sebut deng# hu/up biaso.

5. Hok hujung Bahaso Melayu "ir" d# "il', "toksir" pong ^gitu jugok, ni ^semo tak leh nok ejo ^betul deng# /umi, sebab dal# Bahaso Kelat# spesel, tok ^bunyi hu/uk 'R' deng# 'L' dio tu.

6. Bunyi "Hamzoh" mati dal# banyok perkato# Kelat# tokleh nok tulih ^molek deng# ejo# /umi, contoh "hidup", "huruf", "tubik"

Penyelesaiy#

Nok selesaik# masaaloh ^ngejo tu, kito wat ^gini:
1. Untuk hu/up 'Ghain', kito guno '§' (Alt+0167) atau '/'. Contoh: §ukah, §umoh atau /ukah, /umoh.
2. Untuk 'sabdu' kito guno '^' sebelum hu/up dio. Contoh: ^sini, ^palo.
3. Untuk 'e' spesel, kito guno 'è' (Alt+0232) atau '#'. Contoh: kawè o§è Kelatè atau kaw# o/e Kelat#.

Hok 1 sapa 3 tu cukup doh untuk nok tulih biaso. Tapi kalu nok lebih detail lagi untuk buleh tulih se/upo hok kito sebut, bolehlah buat dari nombor 4 ko 6 ^bowoh ni getek. Cumo kalau tok beso lagi, hok nombor 5 deng# 6 tu boleh buat kito koho pening atau konpius.

4. Untuk 'o' spesel, kito guno 'ö' (Alt+0242) atau '*' atau 'o' biasa. Contoh Nök tido kö?
5. Untik 'i' spesel, kito guno 'ï' (Alt+0239) atau '|'. Contoh: toksï, banyok pasï atah katï.
6. Banyok perkato# hok hujung dio 'p', 'f', 't', 'b' d# hok lain-lain, perkato# ni biasonya kalu sebut, tok ^bunyi hu/up hujung tu, tukar deng# hu/up 'Hamzoh" pulok, guno tando " ' ". Contoh, hidu', hu/u',tubi'

Nota: Alt+0167 tu maksudnyo tek# ALT jang# lepah, tek# 0, 1, 6, 7 kat numeric keypad (buk# kat keyboard utamo), lepah tu ba/u lepah kunci ALT tu. Keno ingat, "NumLock" keno "on" ba/u ^jadi.

Kalu nok mudoh, guno hu/up alternatif '/', '#' jah pong boleh jugok. Sebab kalu guno laptop, numeric keypad dio duduk ^dal# keyboard biaso (kongsi) jadi susoh nok keno tek# 'Function' untuk aktivate dengan de-activate "NumLock" tu. Sayo sedi/i pung suko guno hu/up duo ni jah.

Lepah lepah ni kalu ado ca/o hok molek lagi kito boleh tamboh dal# Kaedoh-T ni, kalu koho sen# koho /ama o/e guno, koho famos la Bahaso Kelat# kito.

Seki#, wassalam.

::truemax
8 Syawal 1430H

Wednesday, August 26, 2009

At-Taghabun - Hari yang dinampakkan kerugian-kerugian

Assalamu'alaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah sekian lama saya tidak menulis di sini, tiba-tiba pagi ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini. Salam Ramadhan 1430 untuk semua, walau pun agak terlambat, saya masih mahu mengucapkannya, semoga kita semua di bawah keberkatan, kerahmatan dan keampuanan Allah, dunia dan akhirat.

Selepas solat subuh tadi, saya sampai ke surah ini, surah ke-64 At-Taghabun. Apabila tiba ayat ke-11, saya tiba-tiba tertanya-tanya apakah maksudnya, apakah yang Allah mahu sampaikan melalui Rasulullah s.a.w. dengan surah ini. Saya tidak tahu berbahasa arab, cuma tahu sepatah dua, perkataan arab 'musibah' itu menarik perhatian saya. Jadi selepas itu saya merujuk kepada http://www.quranexplorer.com/quran/ .

Inilah teks penuh, terjemahan dalam Bahasa Melayu dari ayat 11 hingga 17, semuga bermanfaat untuk kita semua.

11. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


12. Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


13 Allah, tiada Tuhan melainkan Dia dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.


14 Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


15 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


16 Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.


17 Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).


Nota:
1. Jangan salah faham yang saya sudah begitu cepat bertilawah Al-Quran hingga ke surah ini mulai awal Ramadhan, sebenarnya saya sambung saja dari dari tempat saya baca walaupun sudah masuk bulan Ramadhan.

2. Jangan cuba tafsirkan apa yang saya mahu cakap dari ayat-ayat ini, tapi tafsirkan apakah yang Allah mahu sampaikan kepada kita semua.

3. Maaf dipinta untuk semua kesilapan saya, sengaja atau tidak.

Allahu'a'lam. Wassalam.

::truemax

Saturday, July 18, 2009

Saya Jatuh Cinta Lagi

Assalamu'alaikum,

Hmmm.. hari ni saya nak berbicara tentang cinta, kenapa? Kerana saya sudah jatuh cinta!

Sememangnya saya mengakui saya ni mudah jatuh cinta orangnya. Setelah banyak kali(!) jatuh cinta, saya faham benar sifat saya itu dan saya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.

Tak perlulah saya cerita tentang cinta-cinta saya yang dahulu, banyak kenangan jika mahu dikenang, ada yang kelakar dan pula yang menyedihkan. Cinta itu buta, tak tentu masa dan ketika, jika tidak hati-hati boleh terjebak. Jika terkena panahannya amat sukar dielak. Tanpa iman tentunya senang saja kita rosak. Hmmm begitulah lumrah cinta.

Bagaimana saya boleh jatuh cinta? Hmmm.. ini perkara peribadi sebenarnya, tapi boleh lah saya ceritakan sedikit, sipi-sipi supaya tidak terlalu nyata dan terbuka, dan tidak pula saya termalu olehnya, he he he.

Begini. Ia berlaku tidak lama dahulu. Pada satu hari, saya pergi ke salah sebuah shopping center. Sedang saya berjalan-jalan, saya terlihat si dia. Cukuplah saya letakkan namanya sebagai Noni di sini. Mulanya saya tidak mengendahkannya, tidaklah terlintas di fikiran yang saya akan suka kepada Noni. Sebelum ini saya memang ada mengenali kawan-kawannya melalui internet. Tetapi Noni, saya tak pernah berjumpa dengannya ataupun mengenalinya langsung secara nyata ataupun maya.

Sekali terpandang saya terus berfikir, wah mengancam betul si Noni ni. Tetapi saya cuba kuatkan semangat untuk tidak mengendahkannya. Tapi setelah beberapa kali terpandang dan kemudiannya berpandangan pula, saya tidak lagi boleh mengelak. Si Noni, memang memenuhi ciri-ciri yang saya idamkan. Saya seorang yang cerewet dan agak terperinci dalam banyak benda. Noni telah berjaya menawan hati saya, raut wajahnya yang begitu.. ahem.. .. apa perkataan yang sesuai ni, "cun". Ya, dia cun habis. Sekali terpandang sudah terpikat, apakah pula setelah kami berkenalan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, sekarang sudah berkenalan, terus jatuh cinta. Alamak apa nak jadi dengan saya ni!!

Noni amat peramah, terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa dalam perbualan kami. Sebenarnya perbualan kami lebih kepada tajuk-tajuk teknikal, contohnya tentang Internet, 3G, Wifi dan sebagainaya, al-maklumlah saya ni memang sebegitu, minat sangat benda teknikal ni, dan dia pula layan saja apa-apa topik yang saya bualkan. Hmmm memang matching lah kan. Walaupun demikian, pesonalitinya agak kompleks dan sukar difahami, tetapi mungkin itulah yang memberikan daya tarikan yang lebih padanya. Ya, saya begitu tertarik padanya. Harapnya sama juga dipihak dia.

Sejak dari mula menulis entri ini, saya berfikir sama ada saya patut tunjukkan gambarnya di sini atau tidak. Kalau tak nak tunjuk boleh tak? He he he.. Kalau tunjuk takut pula kamu semua pun berkenan dan terpikat juga. Ok lah ni gambar dia, tapi jangan tengok lama-lama ya! Noni.

Jangan jeles ;)

::truemax

p.s.
Selamat tinggal Dori.

Tuesday, June 30, 2009

Tips Pemanduan Tanpa Penyaman Udara

Assalamu'alaikum,


Berhati-hatilah di jalanraya, sama-samalah kita jadikan jalanraya kita tempat yang selamat untuk dijalani.

Terlintas kembali dalam fikiran saya untuk kembali menulis tentang pemanduan. Tetapi kali ini tidak untuk memandu dengan lebih laju atau pun berlumba. Saya mahu kongsikan sedikit tip-tip yang selalu saya amalkan sewaktu penyaman udara (saya gunakan perkataan aircond sajalah ya) kereta saya rosak, semoga berguna untuk pembaca semua. Saya selalu ada masalah aircond pada kereta saya.

1. Daripada pengalaman sendiri, dan juga nasihat dari makanik, kompressor aircond tidak boleh tahan lama dengan pemanduan halaju tinggi atau pun dengan lebih tepat lagi dengan RPM tinggi. Jadi tip pertamanya ialah, jika kamu mahu memandu dengan agrasif, sila matikan aircond. InsyaAllah ia akan lebih tahan lama.

2. Baiklah, jika kita memandu dengan laju dan tidak memasang aircond (atau pun aircond nya sudah rosak seperti kereta saya, huhu) tentu akan rasa panas/hangat. Itu boleh dikira sebagai satu sauna percuma :). he he he. Klick link berikut, ada seorang kawan, Falin Dric, menulis tentang sauna free (http://snm21369.blogspot.com/2009/05/115-sauna-free-jom.html).



Gambar hiasan
kereta saya yang masih bersih, basuh 6 bulan sekali saja!



3. Ketika memandu tanpa aircond, tetapi tidak mahu menggunakan suana percuma itu, kita perlulah membuka tingkap kereta. Setelah membuat banyak percubaan, saya dapati cara yang paling baik ialah membuka 2 cermin kereta sahaja, iaitu tingkap pemandu dan tingkap belakang pemandu. Dengan membuka 2 tingkap itu, udara boleh mengalir dengan baik dan tidak terlalu kuat untuk pemandu dan penumpang di hadapan. Jika mengamalkan tip ini, kamu tidak perlu risau untuk menyikat rambut semula apabila tiba di destinasi nanti. Juga, ia akan mengurangkan bunyi bising deruan angin yang laju.

4. Sambungan daripada tip di atas, jika kamu memandu dengan halaju yang lebih tinggi, iaitu 130km/j ke atas. Tingkap pemandu bolehlah di tutup, iaitu membiarkan tingkap di belakang pemandu sahaja yang terbuka. Ini akan mengurangkan lagi bunyi bising, tetapi juga akan mengurangkan aliran udara. Untuk menambahkan lagi aliran udara, perlulah menekan minyak supaya lebih laju lagi pula :)

5. Jika tidak mahu semua tu, boleh lah membaiki aircond apabila ia rosak di bengkel-bengkel yang sesuai. :)

Ok. Itu sahaja buat masa ni. Jika sesiapa tahu matera-matera tertentu untuk memulihkan aircond yang rosak, silalah kongsikan. Berhati-hatilah di jalanraya, sama-samalah kita jadikan jalanraya kita tempat yang selamat untuk dijalani.



Gambar hiasan
Emblem asal Wira masih digunakan




::truemax

Monday, June 22, 2009

Cuti-cuti sekejap - Perjalanan Pulang ke Bandar

Assalamu'alaikum,

Baru sekarang saya berkesempatan untuk menyambung semula, tentang perjalanan pulang dari Kampung Kadok ke Putra Heights, Selangor.

Hmmm.. saya ceritakan serba ringkas saja ya.. kalau dipanjangkan pun, rasanya ia akan menjadi satu coretan peribadi yang boring sehinggakan bila saya sendiri baca semula pun akan rasa mengantuk :)

Ok, begini. Pada suatu hari, ketika di Kampung Kadok di Kelatan, saya sedang memikirkan jam berapakah yang paling sesuai untuk bertolak dari situ untuk pulang semula ke Selangor. Salah pilih hari dan masa boleh mengakibatkan kena jem teruk di perjalanan nanti, tentunya akan memenatkan badan fizikal dan mental, meningkatkan ketegangan emosi dan mungkin menaikkan tekanan darah juga! Hmmm selalunya saya agak kurang bernasib baik kerana pemilihan hari dan
masa yang saya buat sama dengan ramai orang lain, dan seperti berpakat dengan ramai orang lain, kejadian jem berjemaah pun berlakulah dengan saya sebagai salah sorang makmumnya.

Pada hari Ahad sebelumnya abang saya yang sulong, Abang Far, sudah bertolak kembali ke KL, pada jam 6 petang dan sampai di rumahnya pada kira kira 1 pagi. Nampak gayanya masa yang diambilnya itu adalah masa terpilih yang ideal untuk bertolak dan perjalan dengan penuh effisien. Jadi saya mengambil keputusan untuk bertolak pada jam 5 petang hari Selasa.

Jadi, dipendekkan cerita, saya berjaya bertolak dari kampung pada jam 6 petang, selepas berkemas dan mengisi barangan yang begitu banyak ke dalam kereta. Ya memang banyak. 5 kg keropok, 1 toto (permintaan kiriman di saat terakhir) dan 2 beg besar kalis air saya di letakkan di atas bumbung kereta, dan banyak barangan lain di dalam kereta.



Saya memandu terus hingga ke perhentian Genting Sempah untuk mengisi minyak di Petronas pada jam 11:25 malam.



Sambung lagi perjalanan dan berhenti di Perhentian Awan Besar di KESAS pada kira-kira jam 12:20 untuk solat Jamak Magrib dan Isyak.



Perjalanan waktu malam sememangnya lancar, hampir di keseluruhan perjalanan saya boleh memandu dengan halaju yang saya mahu, bukannya tersekat oleh banyak kenderaan lain dan tidak mengambil masa yang lama untuk memotong barisan kenderaan yang lebih pendek. Cuma, pada masa yang sebegini, lebih banyak lori di perjalanan, mereka memberi sedikit sebanyak gangguan, tetapi amatlah kurang berbanding dengan tekanan pada waktu jem!

Begitulah ceritanya.

Wassalam.

::truemax
Blogged with the Flock Browser

Friday, June 12, 2009

Cuti-cuti sekejap

Assalamu'alaikum,

Ini sedikit catatan ringkas tentang cuti balik kampung ke kampung halaman saya di Kadok, Kelantan sempena cuti sekolah ini.

'Peristiwa' ini berlaku dari 6-Jun-2009 (Sabtu) hingga 9-Jun-2009 (Selasa).

Perjalanan Balik Kampung
Pada pagi hari Sabtu tu, hajat di hati nak nak meminang anak raja.. oit bukan bukan, hajat di hati nak turun awal sangat, dalam subuh atau pun sama-sama dengan matahari naik. Akan tetapi pukul 10.15 juga barulah tayar mula bergolek. Kali ni saya mencuba menggunakan jalan LDP-Damansara-Batu Cave.

Hampir sampai ke simpang ke Lebuhraya Karak sudah kelihatan kereta yang amat banyak berpusu-pusu. Kami singgah dulu di Petronas, mengisi munyak dan membeli makanan. Walaupun sudah sarapan pagi di rumah dan ada bekalan nasi lemak yang sudah di masak oleh isteri tersayang saya, masih ade lagi tambahan makananan yang dikehendaki oleh anak-anak.

Bertolak dari Petronas itu, menyelam ke dalam lautan kereta yang amat banyak.. oh sungguh tertekan saya, baru perjalanan 1 jam dari 8 jam sudah jem sebegitu. Perasaan marah datang melanda dan sedih juga ada, tapi siapa yang saya mahu marah, sabar saja lah kan. Ada juga terfikir, mungkin lebih baik patah balik dan cuba lagi keesokan atau malam nya. Tapi, akhirnya digagahi juga. Dengan pusuan kereta yang begitu banyak dan dengan halaju yang merangkak-rangkak tiba di Tol Gombak, dan melepasinya. Selapas itu, juga jem lagi!! Oh amat tertekan.

Akan tetapi dengan pertolongan Allah, jem nya itu sebenarnya tidak lama. Kira-kira 20 minit dari situ jem nya sudah tamat, jalannya 'clear' teramat. Boleh sambung memandu dengan gembira.

Di pendekkan cerita, kami berhenti makan tengah hari di R&R Gua Musang kira kira jam 3 petang dan tiba di kampung pada 6:15 petang. Alhamdulillah.

Di Kampung Kadok
Oh, banyak sangat perkara yang seronok di sini, tak mungkin dapat dihuraikan..
Secara ringkasnya, banyak aktiviti bersama anak saudara dan kenduri kendara yang di hadiri. Oh, tak lupa juga pembelian kain pasang di Salim Aziz Wakah Che Yeh, so kira kain baju raya untuk keluarga dah ada dah. Cuma tukang jahitnya lah, kena bertukus lumus pula. Hmmm.. jangan sampai tak sempat terawikh bulan puasa nanti ya.

Ok, senarai ringkas seperti berikut aktiviti

- Aktiviti takraw
- Aktiviti badminton
- Membaiki rc helicopter dan test flight (.. dan crash) (http://rotomax.blogspot.com)
- Makanan yang sedap sedap
- Menghadiri kenduri-kenduri ("bekwoh" dalam Bahasa Kelantan)
- Berinternet (ting tong di plurk, baca blog kekawan, sambung main chess)
- Shopping (Salim Aziz jadi tumpuan utama)
- Beli keropok, ini sudah jadi hampir wajib
- Tidur - ni antara yang penting selepas makan :)
- Makan lagi.. he he he memang banyak sangat makan.

Ni gambar di awal pagi Isnin, beli makanan kegemaran nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang.



Perjalanan Balik Bandar
... bersambung

Saturday, May 30, 2009

Hari Untuk Mu

Assalamu'alaikum,

Entri ini saya tulis khas buat kekasih tersayang.

Hari ini ialah tarikh keramat untuk kita, 30 May. Tentunya ku tidak lupa.. walaupun kekadang aku buat-buat lupa, itu tentunya sebab sedang memikirkan apa yang patut aku ucapkan atau lakukan. Tarikh itu sememangnya istimewa buat kita, 15 tahun yang lalu, ya 15 tahun! Sudah 15 tahun sebenarnya!

Pertama, ku ucapkan berbanyak syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t yang telah menemukan kita kira-kira 19 tahun yang lalu. Syukur juga kepada Allah yang telah permudahkan untuk kita sejak dari itu.

Kira-kira 19 tahun lalu kita sama-sama dalam kelas Pengajian Sains Komputer Tahun 1, Universiti Sains Malaysia. Siapakah itu si gadis bertudung lebar berwarna putih, dengan sanggul yang masih nampak bentuknya walau cuba disembunyikan.

"Milik siapakah gadis ini, wajah lembut bagaikan sutera, ingin aku mencurahkan kasih kepada yang sudi, adakah dia sudi" - Milik Siapakah Gadis Ini, Sudirman.

Sejak dari itu...

"Debaran penuh makna kelu tidak terkata sering kali terjadi bila kau di sisi
Namun ia pasti membuat ku jatuh hati Oh! manisnya, manisnya senyumanmu"

"Mata bertentang mata adakah kau terasa cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu, betapa manisnya senyumanmu"
- Manisnya Senyumanmu, Elite.

Ketika itu aku sudah jatuh cinta, cinta pada mu. Ya, 19 tahun yang lalu aku memilih mu!

Ingat tak lagi, kita selalu berjalan ke hulu dan ke hilir dalam kampus universiti. Pasangan ideal lah kiranya kita masa tu.
Ingat tak lagi, kita selalu makan di gerai tepi parit di Gelugor, Nasi Goreng Barcelona.
Ingat tak lagi kita sanggup berjalan jauh ke gelugor, jauh nya tak terasa bila kau di sisi.
Ingat tak lagi, semasa makan bersama kita selalu membahagi-bahagikan lauk untuk jimat duit. Hmmmm, sekarang pun kita masih amalkan tu lagi kan.

Mana boleh dapat insan seperti mu, 1 dalam 10000, kalau bernasib baik, dan aku sememangnya bernasib baik. Walau minat kita berbeza, kau senantiasa menyokong minat ku, menemani ku bila berkesempatan, baik ke litar lumba di Sepang atau ke padang untuk Helikopter Kawalan Jauh dan lain lain lagi.

Manakala minat mu yang berbeza dari ku itu pula banyak memanafaat kan keluarga kita, agaknya boleh di kira dengan jari bilangan baju kurung yang di beli siap, yang lain semuanya kau jahit sendiri termasuklah baju-baju raya yang berpasang-pasang, waima baju raya ku pun pernah kau jahiti juga. Kepandaian kau memasak memang tidak dapat dinafikan.. ikut kan hati ingin ku makan 3 pinggan penuh sebagaimana ku buat pada tahun tahun yang awal dulu, tapi sekarang tak boleh begitu lagi, perlu jaga kesihatan. Makanan kegemaran ku juga kau telah berjaya menguasainya, laksa kelantan, solok lada, masak lemak telur itik dan sebagainya. hmmm.. best best.. tu memang best.

Lagi, kau amat bersopan-santun, berbudi bahasa, tak pernah meninggikan suara terhadapku, pandai menguruskan rumah dan anak-anak, pantang tengok bahagian rumah yang bersepah, tentunya tak lama akan tersusun semula.

Banyak lagi kualiti mu yang tak mungkin dapat ku senaraikan dan huraikan di sini.
Wahai kekasih ku, kekasih awal dan akhir, isteri mithali ku tersayang, Norhazah. 30 May 1994 tarikh kita, 15 tahun yang lalu. Terima kasih dari ku, untuk semua itu.

"Tak ku harap, tak ku peduli walau bulan jatuh ke bumi, dan hadir bidadari tak ku impikan lagi, kerana kau lebih mengerti.." - Kekasih Awal Dan Akhir, Jamal Abdillah.

Semoga kita kan terus berbahagia dan dipermudahkan oleh Allah dunia kita dan akhirat kita juga. Amiin.

"Selagi ada hayat ini, ku junjung kebahagian mu, tapi bila sampai waktu ku, doa dan restu ku, menjaga mu selalu" - Kehadiranku, Sudirman

Dan satu lagi lagu.. khas untuk mu..

::truemax

Friday, May 29, 2009

Saya Suka... Memandu

Assalamu'alaikum,

Saya suka.. hmm banyak benda saya suka, salah satu yang saya paling suka ialah Memandu. Memandu dalam keadaan segar, jalan yang baik dan tenang, bagi saya itu tidak kisah. Malah jika berpeluang saya akan tawarkan diri untuk memandu walaupun dengan kenderaan orang lain. Baru baru ini saya kerap memandu ke sana ke mari, sebelumnya ke Ipoh, kemudiannya Skudai Johor, dan kemudian lagi ke Kampung Parit Pulai, sebanyak 2 kali.

Akan tetapi, jika jalan yang sesak atau pun jarak perjalanan yang jauh, ia akan memberi tekanan yang lebih, dan kan lebih cepat 'penat', bosan dan mengantuk.

Bagi saya, musuh utama saya ketika memandu ialah mengantuk. Walaubagaimana pun, saya sudah jumpa satu cara untuk menghilangkan mengantuk itu. Bagaimana? Makan kuaci. Setelah beberapa lama, sekarang ini saya sudah boleh menguasai 'skill' memakan kuaci dengan sebelah tangan.

Antara kebaikan memakan kuaci semasa memandu ini berbanding dengan aktiviti menghilangkan mengantuk yang lain ialah:
1. Perlukan usaha untuk memakan membuka, mengambil isinya dan menbuang kulit ke dalam bekas yang di sedia kan. Ini akan menghilangkan rasa mengantuk.
2. Menguyah kuaci itu, walau pun kecil, juga menghilangkan mengantuk.
3. Saiz nya yang kecil, walau dimakan banyak, ia tidak mengenyangkan dan tidak menambah berat badan :)
4. Ia menganbil masa untuk dibuka dan dimakan, jadi ia lambat habis. Saya packet biasa rasanya boleh tahan untuk 5 jam atau lebih memandu, sekali lagi, tanpa mengenyangkan dan menggemukkan.

Tetapi ia juga ada masalah tersendiri:
1. Kulitnya amat senang hancur dan susah untuk pastikan masuk ke bekas yang disediakan, jadi agak bersepah jadinya kereta.
2. Perlukan skill, pada mulanya agak susah, jadi amat bahaya jika ia boleh mengganggu pemanduan kereta itu sendiri. Jadi berhati-hatilah jika kamu mahu cuma.

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Jadi, rasanya inilah yang terbaik untuk saya buat masa ini, kerana saya memang tidak suka makan gula-gula, chewing gum dan sebagainya. Kamu bagaimana? Mungkin ada cara yang unik dan lebih baik. Silalah kongsikan..

Wassalam.

::truemax

Thursday, May 28, 2009

Al-Fatihah Untuk Hj Salleh bin Hj Tahir

Assalamu'alaikum,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati [Ali Imran, 185].

Pada 24 May 2009, jam 2.04 pm, Ayahanda mertua saya Mungawan @ Hj Salleh bin Hj Tahir sudah dijemput ke Rahmatullah di rumahnya di Parit Pulai. Semoga Allah terus mencucuri rahmat atasnya dan golongkan dia bersama dengan orang-orang yang soleh.

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, berilah kesejahteraan dan ma'afkanlah dia".

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban



Sekarang dia, nanti kita pula.

Wassalam.
::truemax

Wednesday, May 13, 2009

Kiub Truemax

Assalamu'alaikum,

Entah mengapa begitu liat sekali saya dari menulis di blog ini. Tajuknya ada, kandungannya juga sudah ada, cuma tinggal untuk perturunkan (atau pun muat-niak kan) sahaja di sini. Agaknya masa amat mencemburui saya. Saya penuh dengan aktiviti-aktiviti lain yang saya kira lebih penting atau pun lebih seronok dari menulis di blog ini. Maaf kan saya wahai blog ajaib.

Kiub Truemax, hmmm sebenarnya namanya ialah "Rubic's Cube" atau jika diterjemah kepada Bahasa Melayu Kiub Rubic. Akan tetapi sebab saya sudah membelinya dengan akad yang halal, kiub itu sudah menjadi kepunyaan saya, jadi Kiub Truemax lah kan.

Trend baru agaknya, di sekolah anak saya (sekolah berasrama), kawan-kawannya ada membawa dan bermain permainan ini. Jadi apa lagi, sememangnya saya sudah ada satu dan dulu semasa saya bersekolah di asrama seorang senior saya telah mengajarkan saya bagaimana untuk menyelesaikannya.

Sekarang, saya mula mengajar anak saya untuk 'menyelesaikan masalah warna' itu. Di ruangan ini saya mahu berkongsi dengan semua pembaca cara saya, bagaimana menyelesaikannya untuk membuat setiap mukanya mempunyai warna yang sama. Ia tidak lah susah seperti yang disangka, tetapi perlukan juga kegigihan dan kesabaran. Memang begitu adat belajar.

Baiklah. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut:

1. Sama kan warna satu muka dahulu. Cara untuk mendapatkan ini perlu belajar sendiri. Jika ada orang untuk tunjukkan lebih bagus dan akan lebih cepat.

2. Pastikan warna kawasan-kawasan tepi pada muka tersebut sama dengan yang tengah bagi tepi nya. Perhatikan barisan warna kuning dan barisan warna oren di bahagian atas dalam gambar di bawah.


Langkah-langkah 1 dan 2 di atas adalah asas yang paling penting, dan agaknya yang paling susah untuk dipelajari jika kamu tidak biasa dengan puzzle ini.

Kemudian daripada itu, kamu cuma perlu untuk mengikut 'formula' yang saya tuliskan berikut.
Mula-mula, pusing kiub dan letakkan kawasan yang sudah siap (daripada contoh di atas, permukaan hijau) di bawah sebagai tapak.

Perhatikan gambar disebelah kiri. Pada keadaan itu perlu melaksanakan formula yang tertulis di kertas yang saya scan di bawah ini.
T=Top, R=Right, L=Left, F=Face, B=Back, dan anak panah ialah arah kawasan itu perlu diputarkan. (klik gambar untuk besarkan)

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban




Itu sahaja.

Nota:
1. Formula ini agak lain dari yang lain kerana saya perlu memikirkannya sendiri setelah saya terlupa bagaimana membuatnya kira-kira 15 tahun yang lalu. Jadi bagi yang pernah belajar, sememangnya ia lain dari biasa. Sejak itu saya tidak lupa lagi :)
2. Formula ini saya tulis semula 2 minggu lepas di kampung, semasa mahu mengajar anak saya - 'malas' nak tulis/taip semula.
3. Terdapat perbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini, dan ada cara yang membolehkan penyelesaian kurang dari 20 saat. Sudah tentunya yang itu memerlukan formula lain yang lebih kompleks dan lebih susah untuk diperlajari. Err yang tu saya tak reti. :)
4. Ajaib tak? Memang ajaib, sesiapa yang pernah mencuba sendiri akan tahu betapa sukar dan kompleksnya. Tapi jika kena gaya dan langkahnya ia tidak susah. Begitu juga dalam perbagai bidang yang dipelajari di dunia ini. Jadi jangan putus asa, fokus kepada bidang anda!


Saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu, jika ada.

Sekian, wassalam

::truemax

Saturday, April 25, 2009

Fenomena Alam

Assalamu'alaikum,

Masa itu emas, masa itu pedang. Kenapa perlu pandu laju? Kerana mengejar masa atau mahu menjimatkan masa (selain daripada mendapat kepuasan daripada daya pecutan yang dapat dirasa dan melihat kereta-kereta lain tertinggal di belakang .. ha ha ha).

Pada masa dan ketika tertentu, tentu banyak keajaiban yang berlaku yang tidak kita sedari. Sesungguhnya tidak Allah jadikan bumi dan langit ini sia-sia.. semua nya untuk kita perhatikan dan memikirkannya. Allah juga lah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana mencipta dan mengaturkan semua objeck di alam semesta ini.

Hmmm, untuk kali ini saya tukar tajuk, tidaklah saya mahu mengkhususkan blog ini cuma untuk posting yang berkaitan dengan kereta dan pemanduan sahaja. InsyaAllah saya akan sambung lagi topik tersebut dikemudian hari. Semoga masih sempat - dipanjangkan umur dan diberikan kelapangan oleh Allah.

Pada suatu hari, iaitu hari Khamis yang lalu, di awal pagi, saya terlihat fenomina alam, Bulan dan 2 lagi Planet sejajar dengan begitu jelas sekali. Pada waktu itu selepas solat subuh, bintang-bintang masih ada tetapi 3 objek ini amat terang cahayanya dan jelas nampak kesejajarannya. Oh amat mengkagumkan. Mengikut ilmu astronomi saya yang pada peringkat tadika kan, agaknya planet tersebut ialah Venus, dan satu lagi Neptune atau Jupiter.

Sekilas pandang memang saya agak itu ialah planet, kerana cahayanya yang terang, bukan seperti bintang yang samar dan berkelip-kelip. Tahukan anda kenapa cahaya bintang berkelip-kelip? Fikir sendiri dulu ya. Cubalah jawab dalam ruangan 'komen'. :)

Inilah gambar yang saya sempat ambil dengan menggunakan kamera biasa saya, maaf kerana kualitinya tidak begitu baik. Click gambar untuk lebih besar. Dan click tanda 'zoom' untuk dapatkan gambar pada resolusi asal.

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban


Gambar itu diambil dihadapan rumah saya, mengadap ke arah timur, matahari sudah mula muncul dan cahayanya mula menenggelamkan bulan dan planet-planet tersebut.

Ok. Seperti biasa, rujukan utama saya ialah Google, jumpa web page ni yang menggunakan software "your sky". (perlu pusing gambar ini 90 darjah lawan jam untuk betulkan orentasi dengan gambar di atas, atau pun sengetkan kepala 90 darjah ke kanan :) ).

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban




Dari sini saya dapat mengagak 1 planet yang di bawah, berdekatan dengan bulan itu ialah Venus. Planet yang di atas itu sebenarnya ialah Jupiter kerana Neptune adalah lebih malap untuk dililhat pada masa ini.

Itulah yang saya dapat lihat dengan menggunakan mata kasar. Akan tetapi jika dirujuk semula kepada imej dari 'your sky', planet-planet lain juga ada berdekatan, iaitu Mars dan Uranus. Dan tentunya banyak lagi perkara yang berlaku yang tidak kita sedari. Begitulah planet-planet bergerak mengikut aturan yang telah Allah tetapkan, Maha Besar Allah yang telah mencipta dan mentadbir semua ini. Keajaiban yang berlaku setiap hari.

Selepas ini, jika anda mendongak ke langit melihat bulan, bintang-bintang dan objek lain, ingatlah perbagai lagi yang kita tidak ketahui di sana, betapa luasnya ilmu Allah Ta'ala, betapa kecilnya kita ini, lebih kecil dari semut barangkali.

Allahu'a'lam.

Wassalam.
::truemax

Tuesday, April 21, 2009

Pemanduan Lebih Laju Yang Berhemah

Assalamu'alaikum,

Ini ialah sambungan siri Pemanduan Berhemah, entri yang ke tiga. Selepas banyak pengetahuan asas yang telah saya kongsi (yang agak memboringkan) sebelum ini, saya kira entri kali ini lebih menarik. Tetapi sebelum itu biar saya terangkan perkara penting ini. Saya tidak bertanggung jawab akan apa-apa yang berlaku dalam masa anda mencuba apa sahaja yang saya terangkan di sini. Anda perlulah menilai risikonya dan bertindak dengan bijak!

Ini adalah tajuk-tajuk yang saya cover dalam entri ini. Setelah membaca semula, saya sendiri agak sesat (lost) kerana begitu banyak informasi di sini, jadi saya sediakan senarai tajuk ini:
A. Risiko pemanduan laju
B. Konsep belajar memandu lebih laju
1. Tahu had anda
a. Jangan membrek di selekoh!
b. Halaju selamat yang diketahui
c. Jarak selamat yang diketahui
d. Pastikan tetap di atas jalanraya, jangan langgar apa-apa,
2. Pertingkatkan skill
C. Peringatan Penting

Ok, sekarang boleh saya mula. Apa yang menarik saya mahu kongsikan di sini ialah cara-cara kita tahu had kita dan improve pemanduan kita, sehinggalah kita akan rasa kereta yang kita pandu itu tidak cukup laju lagi.. he he he, ya, mungkin perlu ushar kereta sport pula :)

Oh sebelum itu, tidak adillah jika saya tidak senarai kan risikonya. Risiko ini amat penting, anda perlu tahu apa yang anda hadapi, tidak banyak benda dalam dunia ni percuma ya. Baca dan faham senarai ini dahulu:

A. Risiko Pemanduan Laju

1. Di atas jalan raya, kita sentiasa menghadapi risiko untuk perlanggaran. Dengan mencuba sesuatu yang baru, anda akan menambah lagi risiko tersebut. Berhati-hati, pilih sempat yang kosong, supaya tidak membabitkan orang lain jika berlaku apa-apa.

2. Kereta (atau apa-apa mesin) di buat untuk penggunaan biasa, dengan memandu laju, kita menekannya kepada penggunaan maksima, bermakna jangka hidupnya akan berkurangan. Brek akan habis lebih cepat, tayar juga, dan juga parts yang lain seperti penyerap hentak, belt dan lain-lain. Untuk pecutan yang lebih kuat, engine kereta perlu digunakan dengan RPM yang tinggi. Jika pemanduan biasa dibuat dalam lingkungan RPM 2000 ke 3000 sahaja, pemanduan laju memerlukan RPM sehingga 5000 atau 6000. Ya, ini akan memendekkan usia enjin anda.

3. Minyak, akan lebihlah amaun minyak yang digunakan. Kadar rintangan angin akan meningkat secara exponen, dan lebih kuasa enjin (dari minyak ler tu) diperlukan untuk lebih laju. Jadi kena sediakan lebih $$ untuk minyak ya.

4. Jangan ambil risiko! Kita tidak boleh mengambil risiko kerana jika apa-apa tak diingini berlaku, kereta akan rosak (paling kurang pun kita akan bad mood seminggu, kena cari budget untuk baiki kereta, dan kena ulang alik ke bengkel), atau kita boleh cedera teruk ataupun terus mati!! (senang, saya terus terang sahaja kat sini, faham betul-betul ya!)

Maaflah, saya perlu merepekkan dengan perkara yang sebegini dahulu.

B. Konsep belajar memandu lebih laju


Ok, sekarang, mari saya bincangkan beberapa konsep penting untuk belajar memandu lebih laju tetapi masih selamat:
1. Know your limit (your current skill, your car, your normal/familiar road, enticipate others)
2. Pertingkatkan skill/Kemahiran [Edited: lupa tukar tajuk kat sini]


1. Know your limit - Tahu had anda

Seperti yang telah saya bincangkan dengan panjang lebar dalam 2 entri yang sebelum ini, kita perlu tahu corak dan skil pemanduan sendiri, juga keadaan kereta kita. 2 lagi faktor utama, iaitu jalan yang kita gunakan dan juga keadaan sekitar, tidak kurang pentingnya. Untuk anda belajar dan improve, anda hanya boleh mengubah satu perkara sahaja pada satu masa! Sama ada menambah skil, menguji kereta (setup baru), atau mencuba jalan baru.

Sudah tentunya kita tidak boleh mengubah keadaan persekitaran sesuka hati, jadi perlulah kita mempertimbangkan dan membezakan keadaan persekitaran pemanduan kita. Keadaan persekitaran yang berbeza memerlukan cara pemanduan yang berbeza juga. Sebagai contoh, jalanraya boleh jadi sangat sibuk (waktu utama), atau pun sangat lengang diwaktu tengah malam atau awal pagi. Juga, bila waktu hujan, jalan menjadi lebih licin dan bahaya. Malah mungkin ada tempat air bertakung di atas jalan raya. Jadi jangan cuba sesuatu yang baru dalam keadaan yang tidak sesuai sebegini.

Dengan menggunakan kereta yang sama, jalan yang sama dan persekitaran yang sama, anda boleh menambah skil. Bagaimana caranya? hmmmm.. Sebelum menjawab soalan itu, saya perlu ketengahkan 4 perkara penting ini dahulu, sabar ya.

Maaf ya, rupa-rupanya, ada lagi perkara penting yang saya tertinggal, berikut ini adalah konsep penting untuk "memandu laju" dan mengetahui had anda:

a. Strictly no braking during conering!! - Jangan brek semasa membelok!!
Ini amat penting, walau selaju mana pun kenderaan anda, anda perlu tahu bila untuk menekan brek untuk perlahankan kenderaan sebelum membelok di selekoh. Hmm.. kalau brek sidikit sahaja tidak mengapa, tetapi di selekoh, brek amat bahaya. Jika waktu hujan, bahayanya itu berganda kerana keadaan jalan yang licin. Kecualilah anda ialah pemandu kereta lumba yang bertaulilah, janganlah membrek di selekoh. Pastikan anda brek secukupnya, mencapai halaju selekoh yang dikehendaki sebelum membelok di selekoh tersebut. Semasa membelok, tekan minyak untuk menetapkan halaju tersebut atau untuk menambah halaju (sedikit).


b. Known Safe speed - Halaju selamat yang diketahui
(i. Straight road, ii. each of the conners)

Anda perlu tahu berapakah halaju yang selamat. Untuk jalan yang lurus, halaju paling tinggi yang selamat ditentukan oleh keadaan kenderaan (ini kali terakhir saya sebut tentang keadaan kenderaan, selepas ini harap pembaca faham ini adalah factor yang penting!), jarak untuk perlahan/berhenti disebabkan oleh kenderaan lain, benda menghalang jalan (seperti polis dan sebagainya, ho ho ho) dan selekoh yang ada di hadapan.

Untuk selekoh itu pula, anda perlu tahu berapakah halaju tertinggi yang selamat untuk mengambil selekoh tersebut. Ya, ini lah bab yang amat menarik hati! (park dulu, akan huraikan kemudian)

Jadi anda perlu ingat, selekoh mana dan berapa halaju yang telah ada buat sebelumnya (aduh, racing line belum sentuh lagi). Untuk ini, ada perlu ingat, halaju di jalan lurus sebelum selekoh itu, tempat mula membrek dan berapa banyak brek yang diperlukan untuk menyediakan kereta memasuki selekoh.

c. Known Safe distance - Jarak selamat yang diketahui
Bergantung kepada visibility (kadar pandangan) untuk pemanduan biasa, gunakan "3 second rule". Bagaimana kah 3 second rule itu? Begini. Pada waktu pemanduan biasa, perhatikan kereta/kenderaan di hadapan. Cuba ambil tempat/benda yang senang dilihat, sebagai contoh, tiang lampu, tanda km di tepi jalan, dan kira masa benda itu bergerak dari kereta dihadapan kepada kereta kita. Cara mengiranya begini. Sebaik sahaja object itu dilepasi oleh kereta dihadapan, bacalah zikir, Subhanallah, Alahamdulillah, Allahuakbar dalam kadar biasa. Itu lah 3 saat. :) Jadi, di mana objek itu berada, di situlah sepatunya kereta ada berada di belakang kereta hadapan.

Untuk pemanduan yang paling selamat, ia hendaklah sekurang-kurangnya 3 saat. Kenapa? Kerana mengikut kajian pakar (jangan tanya saya pakar apa, sudah tentu bukannya pakar bedah ya), manusia mengambil masa 1.5 saat untuk process apa yang kita nampak dan bertindak untuk menekan brek dengan menggunakan kaki kanan, dan kereta akan memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 saat lagi untuk berhenti! Ya, itu sebabnya.

Tapi untuk memandu laju dan selamat.. ada caranya, tak perlu 3 saat. Kaki bionickah? Bukan :)

d. Stay on the road, don't hit anything, don't get hit - Pastikan anda sentiasa di atas jalanraya dan tidak terlanggar apa-apa

Ini adalah konsep yang sangat penting. Selagi anda di atas jalanraya dan tidak melanggar apa-apa (juga tak ada orang yang langgar anda) ada akan selamat!! Kereta kita direkabentuk dan dibina dengan keadaan ia tidak akan terbalik kecuali terlanggar sesuatu (atau pun ada sesuatu di atas jalan, hati hati dengan ini). Oleh sebab itu, pastikan anda mempunyai jarak dan halaju yang selamat supaya anda boleh mengawal kereta dan tidak terbabas keluar!

Jika anda sudah membaca semua yang diatas itu, rasanya anda sudah mempunyai idea bagaimana memandu dengan lebih laju dan masih selamat.

Cuma perlu gabungkan semua itu.. seperti di bawah.

2. Pertingkatkan skil atau kemahiran (lebih laju!)

Sekarang baru boleh sambung bagaimana cara menambah skil pemanduan ni. Haraplah maaf dengan sangat. Sudah panjang berjela.. barulah sampai bahagian ni.

Ok, sebagaimana yang telah saya ceritakan sebelum-sebelum ini, mula-mula sekali anda perlu biasakan diri dengan kereta, dan jalan. Jangan sekali-sekali mencuba skil baru dengan kereta lain atau jalan yang anda tidak biasa. Ingat itu, ia sangat penting.

Seperti pemandu kereta lumba professional, seluruh litar lumba itu diulang-ulang banyaaak kali, sehingga pemandunya pening, eh bukan, dia tak pening, sehingga pemandunya tahu dengan tepat di mana tempat untuk membrek, di mana perlu memusing stering, banyak manakah brek dan stering itu, di mana untuk memecut dan sebagainya. Itu lah yang cuba kita buat ini. Tetapi ingat, di jalanraya biasa adalah lebih bahaya daripada litar lumba! Saya sendiri, untuk memuaskan hati, saya pergi memandu di litar lumba Sepang. Hmmm, masih ingat lagi kali pertama dulu, tersenyum lebar saya semasa memandu di situ ha ha ha.

Ok ok, balik semula ke jalanraya yang lebih bahaya tadi. Oleh sebab itu, kita mestilah progress sedikit demi sedikit. Jangan tamak ya, kita tidak boleh sekali-kali mengambil risiko, bahaya!

Ok mari kita cuba ni, bayangkan anda berada di dalam kereta, sedia untuk bergerak menuju ke jalan yang biasa dilalui. Ok, terus cuba bayangkan di setiap seksyen jalan itu, berapa halaju untuk jalan lurus, di mana untuk membrek dan berapakah entry-speed yang selamat untuk selekoh dihadapan. Contoh, saya baru melepasi lampu isyarat di PH. Pecut, mencapai 120km/j, brek point sebelum tempat orang jual surat khabar, kepada 70km/j (jika jalan kosong ya), masuk selekoh ke kiri sambil menetapkan kelajuan, kemudian pecut semasa naik bukit, 90km/j, perlahan sikit sebab ada simpang di bawah bukit, lepas dari simpang, terus memecut 130km/j maksimum, turun bukit tetapkan kelajuan, sedia untuk brek, break point 200m dari selekoh kepada 50km/j dan seterusnya. Lebih kurang macam tu lah. Sebenarnya saya tak ingat sangat angka-angka tu, tapi bila memandu, boleh rasa sama ada sudah terlebih laju atau belum.

Ingat, mula dari halaju biasa dan cuba tambah kelajuan sedikit demi sedikit. Pastikan anda ingat halaju selamat yang baru. Jika anda perasan kereta tidak stabil, perlahankan kenderaan serta merta, iaitu dengan mengurangkan pedal minyak, jangan tekan brek tiba-tiba! Cukup hanya dengan mengurangkan pedal minyak, sebab halaju baru cuma lebih sedikit sahaja dari halaju selamat biasa kan.

C. Peringatan Penting!
Semua pengetahuan ini bukannya untuk lumba haram dan perkara-perkara yang maksiat. Saya tidak redha jika ilmu ini digunakan sebegitu. Gunakanlah untuk jalan kebaikan. Dan ingat, jalanraya bukan tempat berlumba! Cukup 1 buah kereta sahaja yang laju. Jika anda nampak ada kereta lain yang juga laju, bagilah laluan untuk dia potong dan jangan cuba memotongnya kembali. Lebih baik perlahankan kenderaan untuk mengelakkan tanda provokasi, ataupun kalau nak layan juga, ikutlah dengan jarak yang selamat.


Cukup lah sampai di sini dahulu, ini sudah panjang yang sangat. Amatlah menarik bagi saya yang menulis ni, harapnya tidak membosankan pembaca. :)

Topik-topik yang belum di cover, insyaAllah jika ada kelapangan saya akan menulis lagi..
1. Less than 3 second rule (ni saya bagi nama sendiri)
2. Conering limit
3. Follow the faster / Follow the fastest
4. Racing line
5. Rev match
6. Heel and Toe
7. Left foot braking

Wassalam.

::truemax


Tuesday, April 14, 2009

Pemanduan Laju Yang Berhemah

Assalamu'alaikum,

Entri ini sebagai satu sambungan lagi tentang bagaimana kita boleh menjadikan jalanraya kita lebih selamat, dan dalam masa yang sama kita juga mungkin boleh sampai ke destinasi dengan lebih cepat.. he he he.. bahagian yang sampai lebih cepat tu mungkin kena entri lain, kalau tidak nanti panjang berjelalah entri kali ini.

Ok, mari kita fokuskan kepada keadaan kenderaan kita. Secara asasnya kita hendaklah pastikan kenderaan kita dalam keadaan baik, iaitu:

1. Enjin
Termasuklah bahagian-bahagian berkaitan seperti, paras minyak enjin yang cukup, air dalam radiator yang cukup, bateri dalam keadaan baik, minyak brek, belt yang memutarkan power steering dan altinator dan lain-lain. Tidak perlu diterangkan lagi, kegagalan enjin ketika memandu akan menyebabkan panik dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini. Juga, kos pembaikan agak tinggi dan akan memakan masa kita. Fakta tentang enjin:

a. Perlu pastikan minyak pelincir enjin (atau juga dikenali sebagai minyak hitam) pada paras yang sepatutnya. Minyak hitam hendaklah di tukar dalam kadar yang di cadangkan oleh pembuat kereta. Bagi saya, jika menggunakan minyak hitam sitetik penuh yang mahal, bolehlah penukarannya di buat setiap 10,000 km sekali, dan jika menggunakan minyak hitam biasa, penukarannya mestilah dalam setiap 5,000 km sekali atau kurang. Terutamanya kereta lama, minyak hitam boleh berkurang selepas beberapa lama. Jika ini berlaku pada kereta anda, periksalah paras minyak hitam 2 minggu sekali. Pernah berlaku, saya terlupa dan mengambil mudah tentang perkara ini. 'Hasilnya' crank shaft di dalam enjin rosak. Susah sangat untuk cari alat gantian untuk itu, akhirnya terpaksa saya menukar seluruh blok engine!

b. Air dalam radiator. Cukuplah dengan memastikan meter suhu tidak naik lebih daripada paras biasa. Jika naik, mestilah cepat-cepat cari tempat yang sesuai, berhenti dan tambah air ke dalam radiator. Oh, hati-hati bila berbuat demikian. Air atau stim yang masih di dalam radiator itu amatlah panas. Pernah terkena jari saya, sakit ooo. Jadi tunggu sejuk dulu, barulah buka dengan perlahan-lahan. Lebih baik jika lapikkan dengan kain atau surat khabar pada bahagian cap itu semasa membukanya. Kemudian bawa ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki. Suhu melampau enjin boleh menyababkan barangan dalaman enjin rosak!

(radiator bocor, mula kering dan berasap!)

2. Brek
Kereta tidak boleh perlahan dan berhenti tanpa brek! Hmm.. jika langgar sesuatu ia akan berhenti juga, tapi bukan itu yang kita inginkan.

Ok, perlu pastikan brek dalam keadaan baik. Bagaimanakah mahu tahu masih ok? Begini, kita perlu buat sedikit ujian. Cari jalan yang lurus dan clear dari kenderaan lain. Pandu pada lebih kurang 80km/j. Tekan brek, jangan terlalu kuat sehingga tayarnya terhenti terus (locked), tapi hendaklah cukup kuat supaya kereta boleh perlahan dengan maksima dan berhenti pada jarak terdekat. Pada waktu membrek itu, jika kereta ada terasa bergerak ke kiri atau ke kanan, maka breknya tidak seimbang, perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan jika perlu mestilah dibaiki. Ya, anda perlu bersedia untuk mengawal stering kereta jika dia mula mahu pergi ke kiri atau ke kanan itu. Satu lagi, jika keluar bunyi yang kuat semasa membrek, itu bermaksud brek padnya sudah habis, perlu ditukar dengan yang baru. Dan, jika semasa membrek, kadang-kadang ada mengeluarkan bunyi yang nyaring tapi perlahan, abaikan sahaja, itu biasa sahaja. Kalau pergi ke bengkel juga, macam-macam akan dicadangkan oleh makanik nanti!

3. Tayar
Hendaklah menggunakan tayar yang sesuai dan berbunga-bunga. Oh silap tu, berbunga sahaja, bukannya berbunga-bunga. Ada berbagai jenis bunga pada tayar. Ketahuilah, sebenarnya selain dari material tayar itu, bunga pada tayar itu amat mempengaruhi pemanduan terutamanya pada waktu hujan atau jalan basah.

Tayar bunga biasa:
- Boleh diguna dimana-mana-belah tayar kereta.
- Baik untuk kegunaan biasa, jalan kering atau basah

Tayar bunga arrow:
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik.
- Baik untuk kegunaan biasa, amat bagus untuk jalan basah
- Saya suka guna tayar jenis bunga ini.

Tayar bunga tak simetri:- Perhatikan, bunga di sebelah kiri berlainan dengan sebelah kanan.
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik. [Edited: ini tidak benar. Bunga yang sebelah dalam akan tetap di sebelah dalam jika digunakan sisi kereta sebelah lain.]
- Amat sangat bagus untuk jalan kering dan basah. Ia berupaya untuk menolak air keluar dengan banyak pada waktu basah. Pada waktu kering, bunga yang berbentuk unik itu berupaya untuk mengimbangi suhu tayar pada waktu halaju tinggi.

Selain daripada itu, saiz tayar juga memberi peranan. Secara ammya tayar yang lebih lebar lebih baik. Ia mempunyai permukaan yang lebih luas bersentuh dengan jalan jadi boleh memberhentikan kereta semasa brek lebih cepat dan boleh memecut lebih laju. Walaubagaimanapun, dikatakan bahawa tayar yang lebih lebar kurang performancenya pada waktu jalan basah.

Saiz tayar biasanya ditulis ditayar-tayar sebagaimana berikut:
LLL/TTRrr ss

Dimana LLL=Lebar tayar dalam mm, TT=peratusan tebal tayar dengan lebarnya, rr=saiz rim dalam inci dan ss=speed rating tayar.

Sebagai contoh, tayar yang saya gunakan 205/50R16 (ss=maaf saya tak ingat), bermakna, lebarnya 205mm, tebalnya 50% dari 205 dan rim 16 inci.

(gambar hiasan)

Sebenarnya ada pelbagai jenis tayar lagi dalam dunia ini, tetapi yang lain itu adalah di luar skop berbincangan blog ini, sama ada saya tidak pernah menggunakannya atau pun tidak teringin untuk menggunakannya. Tayar-tayar itu termasuklah tayar "run flat" yang masih boleh digunakan walaupun sudah bocor dan keluar angin, juga tayar kapal terbang dan tayar kereta api. Ha ha ha.

Hmmm, kenapa perlu tahu semua ni? Mudah, kerana kita perlu tahu bahawa kita boleh percaya kepada kereta kita. Dalam kelajuan yang tinggi "you need to be one with the car"! Enjin kereta akan terus berkerja dengan baik, tayarnya akan terus mencengkam, membawa kita mengikut halaju dan pusingan stering yang kita buat, dan apabila kita perlu perlahan, brek akan memenuhi permintaan kita itu, insyaAllah. Pada keadaan jalan yang lurus dan jalan yang rata dan baik, kereta biasa masih selamat dipandu sehingga 150km/j! Tapi ingat faktor-faktor lain ya, bukan sahaja keadaan kereta sahaja.

Saya akan sambung lagi siri penerangan ini dengan tajuk "Pemanduan Lebih Laju Yang Berhemah" kemudian. :)


Wassalam,

::truemax

Friday, April 10, 2009

Pemanduan Yang Berhemah

Assalamu'alaikum.

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Harapnya mesej boikot Israel itu, sudah difahami dan diamalkan oleh kita semua. Jangan pula kita mudah lupa dengan kejahatan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh Rejim Israel ini kepada umat Islam. Ingat, Istiqamah kerana Allah, boikot Israel.

Shoo shoo, kena halau dulu labah-labah yang buat sarang kat sini. Ok sekarang baru boleh buka topik baru. Mulai sekarang saya mahu berkongsi lebih banyak lagi di blog ini. Bukan untuk tempat labah-labah membuat sarang lagi. InsyaAllah semoga saya berkesempatan dan mempunyai idea yang cukup.

Ok, kali ini tajuk nya ialah Pemanduan Yang Berhemah. Hmm, harus saya akui saya suka memandu dengan laju. Satu kegemaran pula rasanya. Tapi laju tidak bererti bahaya. Laju yang berhemah, lebih baik daripada pandu kereta dengan perlahan tetapi tidak menentu. Maaf, saya tidak mengutuk orang yang memandu perlahan ok. Cuma saya paling tak suka kalau orang memandu tanpa bertimbang rasa, road hogging, dan sebagainya terutamanya kalau lelaki. Wahai lelaki, janganlah memandu sebegitu, malu lah sikit dengan orang perempuan. Orang perempuan pun boleh pandu dengan baik, lagi laju pun ada.

Sebelum saya teruskan kepada pemanduan berhemah, mahu saya nyatakan, pemanduan kereta (atau lori, van, motosikal dan sebagainya) bergantung kepada 4 perkara utama:
1. Pemandu
2. Kenderaaan
3. Jalan
4. Keadaan sekitar

Dalam setiap masa kita perlu pastikan keempat-empat perkara tersebut sesuai, untuk pemanduan yang selamat.

(gambar hiasan)

Baiklah, berikut ini adalah corak atau pun ciri-ciri pemanduan yang berhemah yang lebih fokus kepada faktor "Pemandu" itu sendiri, semoga boleh memberi manfaat untuk semua.

1. Minta izin dari empunya kenderaan. Kalau sendiri punya tak apa lah :)
2. Duduk dalam keadaan yang sesuai dan selesa. Jika perlu, ubahkan jarak kerusi, ketinggian stering dan cermin pandang belakang.
3. Mesti memakai tali pinggang keledar. Kemalangan yang berlaku hanya pada 60km/j boleh membunuh jika tidak memakai tali pinggang keledar.
4. Membaca Bismillah dan doa naik kenderaaan.
5. Tidak moody atau dalam keadaan marah. Fokus keatas pemanduan, bukannya perkara lain.
6. Memberi isyarat sebelum membelok atau menukar lorong.
7. Mematikan lampu isyarat apa bila selesai membelok atau menukar lorong.
8. Memasang lampu besar (bukannya lampu kecil sahaja dan bukannya beam) pada waktu hujan, senja atau terbit mahatari.
9. Tidak memotong barisan
10. Tidak terlalu perlahan sehingga mengganggu kenderaan yang lain.
11. Tidak menggunakan lorong sebelah kanan kecuali untuk memotong, terutamanya jika ada kenderaan lain di belakang.
12. Tidak menekan brek dengan kuat, kecuali jika perlu. Jika tidak, ini boleh menyebabkan kenderaan di belakang panik dan menjuruskan kejadian yang tidak diingini.
13. Tahu limit kendaraan anda
14. Sentiasa tahu keadaan sekitar dan limit yang sesuai dengan keadaan
15. Tetap tenang walau pun dengan cabaran-cabaran jem, pemandu lain yang menyakitkan hati, cuaca dan lain-lain.
16. Membaca pergerakan pemandu lain. Bersedia dengan tindakan mereka, sama ada akan membrek, menukar lorong dan lain-lain.
17. Bersedia jika orang lain membuat salah, sebagai contoh, kereta di hadapan menekan brek atau kereta keluar dari simpang secara tiba-tiba. Sedia untuk brek, atau menukar lorong/mengelak untuk keadaan yang memaksa.
18. Memotong hanya jika anda pasti benar-benar selamat, jangan ambil risiko!

Mungkin kita sudah tahu sebahagian atau semua itu, jika sudah tahu bagus lah. Anggaplah ini sebagai peringatan. Marilah kita semua mengamalkan pemanduan berhemah ini semoga ia boleh menjadikan jalanraya kita tempat yang lebih selamat untuk dijalani.

Ok. Cukup dahulu kali ini. Saya akan sambung lagi topik ini berkenaan faktor-faktor lain pula, InsyaAllah.

Wassalam.

::truemax

Sunday, January 11, 2009

Boycott Israel



I urge all blogger friends and readers to support and display this logo and links!


These are the products:

COMPANIES TO BOYCOTT




  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels
  • McDonald's
  • Motorola
  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal
  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
  • Siemens
  • Selfridges
  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
  • Timberland





"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi



Please refer to this web page for more information:

http://www.inminds.com/boycott-israel.php

http://www.sabasun.com/boikot_israel.php

http://duniaherbahpa.com/2006/10/jom-boikot-barang-israel/


Also refer to these other brochures/files:

Boycott-leaflet-a4-ramadan-campaign.pdf

Saturday, January 3, 2009

Small Garden

Here are some of nice photos from my small garden at my house. It is maintained by my wife as her hobby.

It is really pure magical that from the soil on earth god produces the beautiful flowers..

From My Garden


Some Roses..

From My Garden


From My Garden


From My Garden


From My Garden


and some Orchids

From My Garden

From My Garden

From My Garden