Wednesday, May 13, 2009

Kiub Truemax

Assalamu'alaikum,

Entah mengapa begitu liat sekali saya dari menulis di blog ini. Tajuknya ada, kandungannya juga sudah ada, cuma tinggal untuk perturunkan (atau pun muat-niak kan) sahaja di sini. Agaknya masa amat mencemburui saya. Saya penuh dengan aktiviti-aktiviti lain yang saya kira lebih penting atau pun lebih seronok dari menulis di blog ini. Maaf kan saya wahai blog ajaib.

Kiub Truemax, hmmm sebenarnya namanya ialah "Rubic's Cube" atau jika diterjemah kepada Bahasa Melayu Kiub Rubic. Akan tetapi sebab saya sudah membelinya dengan akad yang halal, kiub itu sudah menjadi kepunyaan saya, jadi Kiub Truemax lah kan.

Trend baru agaknya, di sekolah anak saya (sekolah berasrama), kawan-kawannya ada membawa dan bermain permainan ini. Jadi apa lagi, sememangnya saya sudah ada satu dan dulu semasa saya bersekolah di asrama seorang senior saya telah mengajarkan saya bagaimana untuk menyelesaikannya.

Sekarang, saya mula mengajar anak saya untuk 'menyelesaikan masalah warna' itu. Di ruangan ini saya mahu berkongsi dengan semua pembaca cara saya, bagaimana menyelesaikannya untuk membuat setiap mukanya mempunyai warna yang sama. Ia tidak lah susah seperti yang disangka, tetapi perlukan juga kegigihan dan kesabaran. Memang begitu adat belajar.

Baiklah. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut:

1. Sama kan warna satu muka dahulu. Cara untuk mendapatkan ini perlu belajar sendiri. Jika ada orang untuk tunjukkan lebih bagus dan akan lebih cepat.

2. Pastikan warna kawasan-kawasan tepi pada muka tersebut sama dengan yang tengah bagi tepi nya. Perhatikan barisan warna kuning dan barisan warna oren di bahagian atas dalam gambar di bawah.


Langkah-langkah 1 dan 2 di atas adalah asas yang paling penting, dan agaknya yang paling susah untuk dipelajari jika kamu tidak biasa dengan puzzle ini.

Kemudian daripada itu, kamu cuma perlu untuk mengikut 'formula' yang saya tuliskan berikut.
Mula-mula, pusing kiub dan letakkan kawasan yang sudah siap (daripada contoh di atas, permukaan hijau) di bawah sebagai tapak.

Perhatikan gambar disebelah kiri. Pada keadaan itu perlu melaksanakan formula yang tertulis di kertas yang saya scan di bawah ini.
T=Top, R=Right, L=Left, F=Face, B=Back, dan anak panah ialah arah kawasan itu perlu diputarkan. (klik gambar untuk besarkan)

From - Life Is Full of Magic - Kehidupan Yang Penuh Keajaiban




Itu sahaja.

Nota:
1. Formula ini agak lain dari yang lain kerana saya perlu memikirkannya sendiri setelah saya terlupa bagaimana membuatnya kira-kira 15 tahun yang lalu. Jadi bagi yang pernah belajar, sememangnya ia lain dari biasa. Sejak itu saya tidak lupa lagi :)
2. Formula ini saya tulis semula 2 minggu lepas di kampung, semasa mahu mengajar anak saya - 'malas' nak tulis/taip semula.
3. Terdapat perbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini, dan ada cara yang membolehkan penyelesaian kurang dari 20 saat. Sudah tentunya yang itu memerlukan formula lain yang lebih kompleks dan lebih susah untuk diperlajari. Err yang tu saya tak reti. :)
4. Ajaib tak? Memang ajaib, sesiapa yang pernah mencuba sendiri akan tahu betapa sukar dan kompleksnya. Tapi jika kena gaya dan langkahnya ia tidak susah. Begitu juga dalam perbagai bidang yang dipelajari di dunia ini. Jadi jangan putus asa, fokus kepada bidang anda!


Saya akan cuba menjawab pertanyaan kamu, jika ada.

Sekian, wassalam

::truemax

10 comments:

  1. salam :)
    mmg poning kepalo makcik nak buek ni :p
    tp its adventurous :D selagi xdpt siapkan, slg tu la kte MESTI, WAJIB buat smpi dpt kan?
    bila diaplikasikan dlm khidupan, ia buatkan kita jd lbh produktif sbb gunakan otak kita utk bkerja dgn lbh keras :D

    ReplyDelete
  2. haha.adik2 saya semua tergila2 kan main rubic's cube ni.hehe.kat umah ade smpai dua.aritu yg dlu punya smpai ilang sgala kale dia so si kecil adik plg kecil mntak abah blikan yg baru.siap bli kat toys r us plak tu.sbb nak yg berkualiti tahan lame kale dia.
    pastu adik yg sorg dok asrama kat klang tu bli plak time dia g bookfair.so skrg dah ade dua yg baru, 1 yg lame x berkale.
    ok itu saje komen.hehe
    slmt bermain rubic's cube kpd sume peminatnya.lalala

    ReplyDelete
  3. Salam max,

    huhu.. complicated enuff.. tringat movie pursuit of happyness - based on a true story yg dilakonkan oleh will smith tu.. hanya disebabkan rubic's cube ni la yg mengubah hidupnya.. kalo blom tengok, dialu²kan.. best best.. hehe..

    bleh check kat sini:

    http://www.sonypictures.com/homevideo/thepursuitofhappyness/

    tq.

    ReplyDelete
  4. Falin "DriC",
    Lumrah manusia sukakan cabaran.. ni salah satu daripadanya.. tapi jangan sampai buang masa tak boleh buat benda lain pula kan. :)

    Myss,
    Memang saya pun dulu tergilakan juga kiub ni, tapi sekarang sudah siuman. He he he.

    Tahukah kamu, abah kamu lah yang mula ajarkan kepada saya, kalau tak silap masa tu saya darjah 5, iaitu 2 baris teratas yang pada kertas tu. :)

    Saya beli kat Amcorp Mall RM10 satu, kalau beli dua RM19 bolah dapat. Kualitinya kira bagus juga la.

    Izz,
    Benda tu "kompleks" kalau kita tak tahu, bila tahu, jadi senang lah dia.

    Persuit of Happyness tu belum tengok lagi. InsyaAllah satu hari saya akan tengok.

    Wassalam. Happy 'cubing' bagi yang berminat.

    ::truemax

    ReplyDelete
  5. kpd.. kak huda,

    ade 3 rubik's cube lah... sbnrnya ada empat tapi lagi satu tu dah lame nya so hancur..

    just wonder.. bape saat buat..

    ReplyDelete
  6. salam Truemax.
    nk nyibuk juge kat cni.
    hehe.

    oh!
    ternganga tgk yg kertas pnduan tuh.
    complicated amat.
    sy boleh tertido klu tgk bnd2 complicated nih.
    ehe.

    ReplyDelete
  7. wah..abah kah yg ngaja men rubic's cube kpd adek2 nye?
    hehe x tau plak..hm byk bnda abah x crite sgt la..

    ReplyDelete
  8. Salman,
    Biasanya saya buat dalam satu minit setengah. Hmmmm berapa lamakah rekod keluarga awak?

    Arina,
    Sila lah menyibuk di sini sebagaimana dikehendaki, HD kat blogspot ni besar lagi rasanya :)

    Boleh tertido ke? Hmm think positive, kalau susah nak tido, datang lah baca blog saya ni :)

    Myss,
    Tanyalah abah awak tu, banyak citer tu lagi.

    Wassalam.

    ::truemax

    ReplyDelete
  9. x jelas ar bro... ank panahnyer....

    ReplyDelete
  10. waw....saya pun nak blajar main benda tu

    ReplyDelete