Entri ini sebagai satu sambungan lagi tentang bagaimana kita boleh menjadikan jalanraya kita lebih selamat, dan dalam masa yang sama kita juga mungkin boleh sampai ke destinasi dengan lebih cepat.. he he he.. bahagian yang sampai lebih cepat tu mungkin kena entri lain, kalau tidak nanti panjang berjelalah entri kali ini.
Ok, mari kita fokuskan kepada keadaan kenderaan kita. Secara asasnya kita hendaklah pastikan kenderaan kita dalam keadaan baik, iaitu:
1. Enjin
Termasuklah bahagian-bahagian berkaitan seperti, paras minyak enjin yang cukup, air dalam radiator yang cukup, bateri dalam keadaan baik, minyak brek, belt yang memutarkan power steering dan altinator dan lain-lain. Tidak perlu diterangkan lagi, kegagalan enjin ketika memandu akan menyebabkan panik dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini. Juga, kos pembaikan agak tinggi dan akan memakan masa kita. Fakta tentang enjin:
a. Perlu pastikan minyak pelincir enjin (atau juga dikenali sebagai minyak hitam) pada paras yang sepatutnya. Minyak hitam hendaklah di tukar dalam kadar yang di cadangkan oleh pembuat kereta. Bagi saya, jika menggunakan minyak hitam sitetik penuh yang mahal, bolehlah penukarannya di buat setiap 10,000 km sekali, dan jika menggunakan minyak hitam biasa, penukarannya mestilah dalam setiap 5,000 km sekali atau kurang. Terutamanya kereta lama, minyak hitam boleh berkurang selepas beberapa lama. Jika ini berlaku pada kereta anda, periksalah paras minyak hitam 2 minggu sekali. Pernah berlaku, saya terlupa dan mengambil mudah tentang perkara ini. 'Hasilnya' crank shaft di dalam enjin rosak. Susah sangat untuk cari alat gantian untuk itu, akhirnya terpaksa saya menukar seluruh blok engine!
b. Air dalam radiator. Cukuplah dengan memastikan meter suhu tidak naik lebih daripada paras biasa. Jika naik, mestilah cepat-cepat cari tempat yang sesuai, berhenti dan tambah air ke dalam radiator. Oh, hati-hati bila berbuat demikian. Air atau stim yang masih di dalam radiator itu amatlah panas. Pernah terkena jari saya, sakit ooo. Jadi tunggu sejuk dulu, barulah buka dengan perlahan-lahan. Lebih baik jika lapikkan dengan kain atau surat khabar pada bahagian cap itu semasa membukanya. Kemudian bawa ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki. Suhu melampau enjin boleh menyababkan barangan dalaman enjin rosak!
2. Brek
Kereta tidak boleh perlahan dan berhenti tanpa brek! Hmm.. jika langgar sesuatu ia akan berhenti juga, tapi bukan itu yang kita inginkan.
Ok, perlu pastikan brek dalam keadaan baik. Bagaimanakah mahu tahu masih ok? Begini, kita perlu buat sedikit ujian. Cari jalan yang lurus dan clear dari kenderaan lain. Pandu pada lebih kurang 80km/j. Tekan brek, jangan terlalu kuat sehingga tayarnya terhenti terus (locked), tapi hendaklah cukup kuat supaya kereta boleh perlahan dengan maksima dan berhenti pada jarak terdekat. Pada waktu membrek itu, jika kereta ada terasa bergerak ke kiri atau ke kanan, maka breknya tidak seimbang, perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan jika perlu mestilah dibaiki. Ya, anda perlu bersedia untuk mengawal stering kereta jika dia mula mahu pergi ke kiri atau ke kanan itu. Satu lagi, jika keluar bunyi yang kuat semasa membrek, itu bermaksud brek padnya sudah habis, perlu ditukar dengan yang baru. Dan, jika semasa membrek, kadang-kadang ada mengeluarkan bunyi yang nyaring tapi perlahan, abaikan sahaja, itu biasa sahaja. Kalau pergi ke bengkel juga, macam-macam akan dicadangkan oleh makanik nanti!
3. Tayar
Hendaklah menggunakan tayar yang sesuai dan berbunga-bunga. Oh silap tu, berbunga sahaja, bukannya berbunga-bunga. Ada berbagai jenis bunga pada tayar. Ketahuilah, sebenarnya selain dari material tayar itu, bunga pada tayar itu amat mempengaruhi pemanduan terutamanya pada waktu hujan atau jalan basah.
Tayar bunga biasa:
- Boleh diguna dimana-mana-belah tayar kereta.
- Baik untuk kegunaan biasa, jalan kering atau basah
Tayar bunga arrow:
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik.
- Baik untuk kegunaan biasa, amat bagus untuk jalan basah
- Saya suka guna tayar jenis bunga ini.
Tayar bunga tak simetri:- Perhatikan, bunga di sebelah kiri berlainan dengan sebelah kanan.
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik. [Edited: ini tidak benar. Bunga yang sebelah dalam akan tetap di sebelah dalam jika digunakan sisi kereta sebelah lain.]
- Amat sangat bagus untuk jalan kering dan basah. Ia berupaya untuk menolak air keluar dengan banyak pada waktu basah. Pada waktu kering, bunga yang berbentuk unik itu berupaya untuk mengimbangi suhu tayar pada waktu halaju tinggi.
Selain daripada itu, saiz tayar juga memberi peranan. Secara ammya tayar yang lebih lebar lebih baik. Ia mempunyai permukaan yang lebih luas bersentuh dengan jalan jadi boleh memberhentikan kereta semasa brek lebih cepat dan boleh memecut lebih laju. Walaubagaimanapun, dikatakan bahawa tayar yang lebih lebar kurang performancenya pada waktu jalan basah.
Saiz tayar biasanya ditulis ditayar-tayar sebagaimana berikut:
LLL/TTRrr ss
Dimana LLL=Lebar tayar dalam mm, TT=peratusan tebal tayar dengan lebarnya, rr=saiz rim dalam inci dan ss=speed rating tayar.
Sebagai contoh, tayar yang saya gunakan 205/50R16 (ss=maaf saya tak ingat), bermakna, lebarnya 205mm, tebalnya 50% dari 205 dan rim 16 inci.
Sebenarnya ada pelbagai jenis tayar lagi dalam dunia ini, tetapi yang lain itu adalah di luar skop berbincangan blog ini, sama ada saya tidak pernah menggunakannya atau pun tidak teringin untuk menggunakannya. Tayar-tayar itu termasuklah tayar "run flat" yang masih boleh digunakan walaupun sudah bocor dan keluar angin, juga tayar kapal terbang dan tayar kereta api. Ha ha ha.
Ok, mari kita fokuskan kepada keadaan kenderaan kita. Secara asasnya kita hendaklah pastikan kenderaan kita dalam keadaan baik, iaitu:
1. Enjin
Termasuklah bahagian-bahagian berkaitan seperti, paras minyak enjin yang cukup, air dalam radiator yang cukup, bateri dalam keadaan baik, minyak brek, belt yang memutarkan power steering dan altinator dan lain-lain. Tidak perlu diterangkan lagi, kegagalan enjin ketika memandu akan menyebabkan panik dan boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini. Juga, kos pembaikan agak tinggi dan akan memakan masa kita. Fakta tentang enjin:
a. Perlu pastikan minyak pelincir enjin (atau juga dikenali sebagai minyak hitam) pada paras yang sepatutnya. Minyak hitam hendaklah di tukar dalam kadar yang di cadangkan oleh pembuat kereta. Bagi saya, jika menggunakan minyak hitam sitetik penuh yang mahal, bolehlah penukarannya di buat setiap 10,000 km sekali, dan jika menggunakan minyak hitam biasa, penukarannya mestilah dalam setiap 5,000 km sekali atau kurang. Terutamanya kereta lama, minyak hitam boleh berkurang selepas beberapa lama. Jika ini berlaku pada kereta anda, periksalah paras minyak hitam 2 minggu sekali. Pernah berlaku, saya terlupa dan mengambil mudah tentang perkara ini. 'Hasilnya' crank shaft di dalam enjin rosak. Susah sangat untuk cari alat gantian untuk itu, akhirnya terpaksa saya menukar seluruh blok engine!
2. Brek
Kereta tidak boleh perlahan dan berhenti tanpa brek! Hmm.. jika langgar sesuatu ia akan berhenti juga, tapi bukan itu yang kita inginkan.
Ok, perlu pastikan brek dalam keadaan baik. Bagaimanakah mahu tahu masih ok? Begini, kita perlu buat sedikit ujian. Cari jalan yang lurus dan clear dari kenderaan lain. Pandu pada lebih kurang 80km/j. Tekan brek, jangan terlalu kuat sehingga tayarnya terhenti terus (locked), tapi hendaklah cukup kuat supaya kereta boleh perlahan dengan maksima dan berhenti pada jarak terdekat. Pada waktu membrek itu, jika kereta ada terasa bergerak ke kiri atau ke kanan, maka breknya tidak seimbang, perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan jika perlu mestilah dibaiki. Ya, anda perlu bersedia untuk mengawal stering kereta jika dia mula mahu pergi ke kiri atau ke kanan itu. Satu lagi, jika keluar bunyi yang kuat semasa membrek, itu bermaksud brek padnya sudah habis, perlu ditukar dengan yang baru. Dan, jika semasa membrek, kadang-kadang ada mengeluarkan bunyi yang nyaring tapi perlahan, abaikan sahaja, itu biasa sahaja. Kalau pergi ke bengkel juga, macam-macam akan dicadangkan oleh makanik nanti!
3. Tayar
Hendaklah menggunakan tayar yang sesuai dan berbunga-bunga. Oh silap tu, berbunga sahaja, bukannya berbunga-bunga. Ada berbagai jenis bunga pada tayar. Ketahuilah, sebenarnya selain dari material tayar itu, bunga pada tayar itu amat mempengaruhi pemanduan terutamanya pada waktu hujan atau jalan basah.
Tayar bunga biasa:
- Boleh diguna dimana-mana-belah tayar kereta.
- Baik untuk kegunaan biasa, jalan kering atau basah
Tayar bunga arrow:
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik.
- Baik untuk kegunaan biasa, amat bagus untuk jalan basah
- Saya suka guna tayar jenis bunga ini.
Tayar bunga tak simetri:- Perhatikan, bunga di sebelah kiri berlainan dengan sebelah kanan.
- Sesuai untuk sebelah kereta sahaja. Jika mahu tukar ke sebelah lagi, perlu keluarkan dari rim dan pasang dengan terbalik. [Edited: ini tidak benar. Bunga yang sebelah dalam akan tetap di sebelah dalam jika digunakan sisi kereta sebelah lain.]
- Amat sangat bagus untuk jalan kering dan basah. Ia berupaya untuk menolak air keluar dengan banyak pada waktu basah. Pada waktu kering, bunga yang berbentuk unik itu berupaya untuk mengimbangi suhu tayar pada waktu halaju tinggi.
Selain daripada itu, saiz tayar juga memberi peranan. Secara ammya tayar yang lebih lebar lebih baik. Ia mempunyai permukaan yang lebih luas bersentuh dengan jalan jadi boleh memberhentikan kereta semasa brek lebih cepat dan boleh memecut lebih laju. Walaubagaimanapun, dikatakan bahawa tayar yang lebih lebar kurang performancenya pada waktu jalan basah.
Saiz tayar biasanya ditulis ditayar-tayar sebagaimana berikut:
LLL/TTRrr ss
Dimana LLL=Lebar tayar dalam mm, TT=peratusan tebal tayar dengan lebarnya, rr=saiz rim dalam inci dan ss=speed rating tayar.
Sebagai contoh, tayar yang saya gunakan 205/50R16 (ss=maaf saya tak ingat), bermakna, lebarnya 205mm, tebalnya 50% dari 205 dan rim 16 inci.
Sebenarnya ada pelbagai jenis tayar lagi dalam dunia ini, tetapi yang lain itu adalah di luar skop berbincangan blog ini, sama ada saya tidak pernah menggunakannya atau pun tidak teringin untuk menggunakannya. Tayar-tayar itu termasuklah tayar "run flat" yang masih boleh digunakan walaupun sudah bocor dan keluar angin, juga tayar kapal terbang dan tayar kereta api. Ha ha ha.
Hmmm, kenapa perlu tahu semua ni? Mudah, kerana kita perlu tahu bahawa kita boleh percaya kepada kereta kita. Dalam kelajuan yang tinggi "you need to be one with the car"! Enjin kereta akan terus berkerja dengan baik, tayarnya akan terus mencengkam, membawa kita mengikut halaju dan pusingan stering yang kita buat, dan apabila kita perlu perlahan, brek akan memenuhi permintaan kita itu, insyaAllah. Pada keadaan jalan yang lurus dan jalan yang rata dan baik, kereta biasa masih selamat dipandu sehingga 150km/j! Tapi ingat faktor-faktor lain ya, bukan sahaja keadaan kereta sahaja.
Saya akan sambung lagi siri penerangan ini dengan tajuk "Pemanduan Lebih Laju Yang Berhemah" kemudian. :)

Wassalam,
::truemax
Salam truemax,
ReplyDeleteMemang boleh jadi tutor ni.
Terima kasih. Sekurang-kurangnya saya dapat ilmu.
Teruskan menulis
Sri,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menyinggah lagi.. agak panjang berjela, saya ni macam tulis manual pulak ya.
tidak membosankan :) topik macam ni saya suka :)
ReplyDeletesebab antara cita-cita saya (rsnya x kn tercapai):
Drift-racer.
At least boleh tahu sedikit skill drift. Tapi rasanya x kesampaian. . .
Lagi satu, nak belajar recognize kereta & enjin. Jealous dgn Mr.SNM yg tahu ttg kereta. Asalkan ada Kereta Sukan lalu sebelah pun dia tahu brp skru rim la, enjin la etc. Even tgk FnF4 pun, dia bgtahu saya, Vin Diesel pki kereta apa, Paul Walker guna kereta sekian sekian. adess...
Salam Falin,
ReplyDeleteHmmm... boleh tak saya nak bagi gelaran Drift Chick kat awak. Jadi kalau ringkaskan jadi DriC :)
Kalau tau skill drift tu kira memang dah teror sangat. Saya memang tak reti (hu hu mengaku terus je lah). Cuma tau kat PS2 saja :)
Dulu ada juga hajat nak 'main drift' tapi tak cukup budget pula.
Wah ni dengan partner sekali minat kereta best ler ni, sehati sejiwa.. hmm nampak gaya nya Mr SNM tu lagi cekap dari saya.. boleh tak saya nak berkawan dan mencuri-curi ilmunya sikit. :) Oh.. macam tak ikhlas pulak niat nak berkawan ni... kurang bagus(!)
Ok. Terima kasih Ms Dric kerana membaca karangan budak sekolah yang panjang ni.. nasib baik saya tulis Bahasa Melayu, kalau tak, entah-entah McLarren ambil untuk jadi manual untuk pemandu junior dia :)
Jemput datang lagi bila kelapangan ya.
Wassalam,
::truemax
oho..
ReplyDeletenow only i know where Ms Dric comes from.. =)
0)