Saturday, January 2, 2010

Jalan-jalan Cuti Sekolah 2009

Assalamu'alaikum,

Setelah sekian lama tidak menulis di sini, saya mahu menceritakan serba ringkas tentang jalan-jalan pada musim cuti sekolah baru-baru ini.

Untuk tidak menghampakan isteri dan anak-anak, saya mengambil beberapa hari cuti untuk meluangkan masa bersama mereka secara berkualiti. Tidak lah pula saya merancang untuk pergi ke tempat jauh dan bermalam di hotel yang mahal, akan tetapi, saya dan keluarga telah melawat beberapa tempat di Kuala Lumpur dan juga kawasan peranginan Bukit Tinggi. Lawatan ini, selain daripada untuk mengisi masa lapang, mengelak kebosanan, ia juga untuk faktor ilmiah, iaitu untuk menambah ilmu pengetahuan.

Walaupun sudah sekian lama saya dan keluarga tinggal di Selangor (yang amat dekat dengan Kuala Lumpur) baru kali ini kami meluangkan masa untuk melawat Tugu Negara dan juga Planeterium Negara.


Tugu negara ini rupa-rupanya amat besar, hmmm.. sememangnya ia hanyalah patung sahaja.

Ini pula ia gambar di balai pemerhatian di Planetarium Negara,

Selain daripada itu ada banyak informasi tentang pengembaraan ke angkasa, termasuklah maklumat terperinci tentang angkasawan kita yang telah menjalani latihan dan 'melawat' angkasa lepas di ISS.

Kami tiba di Planetarium Negara tepat pukul 4 petang, jadi kami terlepas untuk menonton movie istimewa dalam bentuk 3d di skrin besar di situ. Jadi jika sesiapa mahu ke Planeterium Negara, pastikan tiba di situ pada jam 3pm atau lebih awal.

Pada minggu yang berikutnya pula, saya dan keluarga telah berkunjung ke Bukit Tinggi. Jaraknya cuma kira-kira 75 km dari Subang Jaya. Di sini terdapat pelbagai tempat yang menarik, termasuklah, tempat menunggang kuda, Taman Arnab, Rumah Jepun dan Perancis.




Untuk kanak-kanak, sudah tentu tarikan utamanya ialah Taman Arab, di sini ada kira-kira 200 ekor arnab yang mana pelawat dibenarkan berinteraksi secara langsung dengan arnab-arnab ini..


Sudah waktu tengah hari apabila kami tiba di kaki bukit Rumah Jepun, kami sekeluarga sudah kelaparan, kami makan bekalan nasik lemak yang telah di masak oleh isteri saya. Tambahan lagi waktu itu sudah mula hujan, oleh kerana terpaksa berjalan kaki ke atas untuk ke tempat Rumah Jepun, kami mahu menunggu hujan berhenti dahulu.


Menaiki bukit dengan berjalan kaki ke atas, di situ nampak pemandangan yang sungguh indah. Kelihatan awan bergerak pada ketinggian yang hampir sama dengan tempat kami berada. Di kawasan Rumah Jepun itu juga permandangannya amat indah sekali. Pokok-pokok yang pelbagai dengan bungaan yang mekar, ditambah lagi dengan ikan-ikan yang berenang tenang di kolam.


Tidak lama selepas itu hujan turun tiba-tiba.. penat kami berlari-lari menyelamatkan diri, he he he


Dan ini beberapa lagi gambar yang diambil di situ..


Alhamdulillah. Sebenarnya jika hanya satu hari tidak sempat untuk melawat dan menghargai semua tempat di Bukit Tinggi ini. Banyak betul keindahan dan keajaiban di dunia ini yang tidak kita sedari. Jika ada lagi peluang, insyaAllah akan sampai lagi kami ke sana.

Wassalam.

::truemax
16 Muharram 1431H

No comments:

Post a Comment